Pengajian Malaysia

  • Selamat Datang Dan Teruskan Perjelajahan

    Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang tiada orang lain tahu. (Aristotle Onassis)

  • Pengajian Malaysia

    Pengajian Malaysia ialah matapelajaran wajib bagi semua pelajar institusi pengajian tinggi swasta di negara Malaysia, di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555. Dengan kata lain ini merupakan matapelajaran wajib di bawah ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia.

  • Gedung Ilmu

    Dalam persekitaran hari ini, pengetahuan menyorok akhirnya menghakis kuasa anda.Jika anda tahu perkara yang sangat penting, cara untuk mendapatkan kuasa dengan sebenarnya berkongsi.






 PENGENALAN
KONSEP INTERAKSI

Menurut kamus komunikasi (Effendy. 1989: 184) definisi interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan diantara anggota-anggota masyarakat. Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata.(Mead 1934).
Penubuhan sesebuah negara yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik memerlukan satu kesatuan dan kerjasama  politik, ekonomi dan sosial yang kukuh dan sepadu. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksi. Lebih erat pola interaksi dibentuk antara etnik maka semakin kukuh perpaduan serta persefahaman rakyat di negara itu. Interaksi dalam kalangan penduduk dapat menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Interaksi merupakan satu aspek penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dalam kalangan negara-negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Amerika Syarikat, England, Belanda, India, Indonesia, dan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran serta kesulitan dalam usaha mengintegrasikan rakyatnya. Keadaan ini menjadi semakin sukar dan rumit jika setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti masing-masing dan tidak mahu menerima satu identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kumpulan etnik. Secara amnya, dapat dijelaskan bahawa interaksi memberikan kesan dan menjadi aspek penting dalam kehidupan pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan.


INTERAKSI ANTARA ETNIK SEBELUM MERDEKA
Interaksi antara kaum di Malaysia iaitu sebelum mencapai kemerdekaan tidak begitu meluas dan bermakna semasa zaman penjajahan. Interaksi antara etnik sebelum merdeka kita boleh lihat pada era Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan British, era penjajahan Jepun, dan semasa negara di ambang kemerdekaan.


ERA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, interaksi antara etnik sebenarnya sudah pun wujud. Seperti yang kita tahu, Tanah Melayu khususnya empayar Melayu Melaka menjadi tumpuan pedagang dari seluruh negara terutamanya pedagang dari China, India, dan Arab. Bilangan masyarakat pendatang pada masa itu adalah dalam kuantiti yang sedikit dan ditambah pula dengan sikap mereka yang mudah menerima dan mengikuti budaya orang Melayu. Misalnya, masyarakat Baba dan Nyonya serta India Muslim. Dari sinilah wujudnya masyarakat majmuk dan hubungan etnik yang unik di Tanah Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca sebenarnya menjadi penghubung kepada interaksi antara kaum pada masa itu. Melalui satu bahasa yang dituturkan dilihat ia berperanan sebagai agen perubahan pada masa itu. Alasan yang kuat ialah Bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak yang mana tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Di samping itu, hubungan antara etnik dan antara bangsa-bangsa menjadi lebih rancak apabila pedagang-pedagang yang beragama Islam turut menyebarkan agama Islam semasa berdagang. Melalui penggunaan Bahasa Melayu serta penyebaran agama Islam dalam aktiviti seharian masyarakat membawa kepada interaksi yang lebih berkesan dan berperanan sebagai agen perubahan yang positif di samping sikap mereka saling menghormati dan mengiktiraf kewibawaan kerajaan dan budaya masing-masing. Melalui dasar ekonomi yang dijalankan pada masa itu lah sebenarnya memberi peluang kepada kewujudan interaksi antara kepelbagaian etnik ini.


ERA PENJAJAHAN BRITISH
Pada zaman pemerintahan British, penjajah telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksimum yang mungkin kekayaan semula jadi yang terdapat di Tanah Melayu pada masa itu. Oleh itu, mereka telah menetapkan status dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum. Misalnya, kaum Melayu yang bertani digalakkan tinggal di kawasan luar bandar, buruh dari India yang kebanyakannya penoreh getah tinggal di estet, dan imigran dan buruh dari China yang berniaga dan bekerja di lombong tinggal di kawasan bandar. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh British berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Pemisahan penempatan bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik, tetapi juga memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya prasangka, streotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik yang lain. Keadaan ini menambahkan lagi kesukaran bagi memupuk perpaduan kaum ekoran interaksi antara kaum yang sememangnya kurang pada masa itu.  Malah, sistem pendidikan yang diamalkan pada zaman penjajahan British secara tidak langsung menjadi antara sebab lain interaksi antara etnik di Tanah Melayu pada masa itu terhad. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Terdapat tiga jenis sekolah vernakular yang ditubuhkan pada masa itu iaitu, sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Tamil, dan sekolah vernakular Cina. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi iaitu, pagi dan petang di mana sesi pagi mata pelajaran yang diajar adalah Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional. Manakala, sesi petang pula pengajaran dan pembelajaran adalah berfokus kepada Bahasa Arab dan al-Quran. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina /Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. Contoh sekolah vernalular Cina ialah SJK (C) Hua Lian, Tanjung Malim, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua Free School, iaitu di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, namun ia gagal dan telah dihentikan. Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum, dan buku teks diimpot dari India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuatkuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan menyediakan sekolah yang bertujuan membasmi buta huruf. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan dalam kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah. Pengasingan sistem pendidikan mengikut kaum menyebabkan interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama sahaja. Walaupun pendidikan disediakan oleh penjajah namun kesemuanya boleh dilihat lebih menjurus kepada kepentingan mereka sendiri. Melalui sistem pendidikan yang dibentuk berorientasikan satu-satu kaum ini, maka interaksi antara kaum diharapkan tidak berlaku kerana bimbang akan menggugat kuasa mereka di Tanah Melayu yang sememangya menyimpan seribu satu manfaat. Oleh itu, amat jelaslah bahawa semasa penjajahan British, hubungan antara etnik adalah lebih menjurus kepada konsep segregasi iaitu hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di Tanah Melayu, yang mana pemisahan dari aspek tempat tinggal, pendidikan, pengangkutan dan kemudahan awam yang seterusnya menyukarkan komunikasi antara mereka.

ERA PENJAJAHAN JEPUN

Pendudukan Jepun walaupun singkat namun ia juga memberi kesan kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum dan juga keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Semasa Perang Dunia ke dua, terdapat dua bentuk hubungan kaum iaitu hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA) dan juga hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih terhadap etnik Cina.
 Ketegangan antara kaum Melayu dan Cina menjadi lebih buruk apabila Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang dan melebarkan lagi jurang perkauman antara etnik. Interaksi antara etnik pada masa tersebut lebih bernada negatif ekoran dasar diskriminasi yang  dijalankan oleh penjajah Jepun .


ERA AMBANG KEMERDEKAAN
Walaupun secara kasarnya dilihat interaksi antara etnik tidak begitu meluas namun ia tetap wujud dan sememangnya memberi impak yang mendalam pada zaman tersebut. Dasar Persekutuan British misalnya dijalankan bertujuan untuk menyatukan wilayah-wilayah di Tanah Melayu iaitu Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Dasar Persekutuan ini sebenarnya menjadi ilham kepada pemimpin negara untuk membentuk Kerajaan Campuran. Antara tiga parti politik di bawah satu perikatan adalah UMNO yang mewakili orang Melayu, MIC mewakili orang India, dan MCA adalah parti yang mewakili orang Cina. Melalui penggabungan ketiga-tiga parti ini, kita dapat lihat interaksi antara kaum berlaku dengan rancakknya. Mereka bersatu hati untuk mendapatkan kemerdekaan yang dikongsi bersama-sama. Segala masalah yang berlaku sebelum ini diketepikan semata-mata demi ke arah berkerajaan sendiri.
“Saya tidak akan berganjak sekalipun kerana saya cukup yakin dengan
 kekuatan kita untuk mencapai kemerdekaan ....Saya telah masuk ke
 gelanggang politik dengan azam hendak berkorban berhabis-habisan
 kerana bangsa dan tanah air”
            (Sumber: Meniti Catatan Sejarah, 2005: 35)
Melalui ucapan yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman sebelum berlepas ke London untuk rundingan kemerdekaan kita dapat lihat bahawa melalui penyatuan dan kerjasama menjadikan kita lebih kuat dan stabil di negara sendiri. Begitu juga halnya kerjasama serta interaksi yang terjalin dalam ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu membawa kepada sesuatu dimensi baru yang lebih bermakna. Melalui pakatan inilah kita berjaya memperoleh kemenangan menerusi Pilihan Raya yang pertama pada tahun 1955. Walaupun begitu, interaksi yang betul-betul berkesan sebenarnya belum dicapai seratus peratus. Hal ini dibuktikan melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969.


INTERAKSI ETNIK, BANGSA DAN KEPERCAYAAN SELEPAS MERDEKA
Interaksi antara setiap masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan ini sememangnya telah wujud sejak dulu lagi tetapi interaksi yang wujud adalah mempunyai peringkat yang berbeza. Peringkat interaksi yang berbeza ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berbeza. Di Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia kita boleh melihat peringkat-peringkat interaksi ini berdasarkan dua peringkat yang utama iaitu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas peristiwa tersebut hingga ke hari ini. Jika kita perhatikan interaksi yang berlaku dalam dua peringkat tersebut berlaku perbezaan yang ketara.

SEBELUM PERISTIWA 13 MEI 1969

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957.  Pada ketika ini masyarakat Tanah Melayu terdiri daripada tiga kelompok etnik yang besar iaitu Melayu, Cina dan India disamping beberapa etnik minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat peranakan. Namun, interaksi yang berlaku di antara tiga etnik terbesar tersebut memberikan kesan yang besar kepada situasi yang berlaku dalam negara. Pada peringkat awal kemerdekaan Tanah Melayu, interaksi yang berlaku dalam kalangan etnik Melayu yang merupakan peribumi dan orang India dan Cina yang dikenali sebagai masyarakat pendatang berada dalam peringkat yang sangat minimum. Interaksi yang boleh nampak jelas ialah interaksi yang berlaku dalam kalangan para pemimpin berikutan daripada gabungan ketika menuntut kemerdekaan namun bagi golongan rakyat, interaksi itu masih minimum. Interaksi diantara pemimpin yang pelbagai kaum tersebut boleh dikategorikan sebagai interaksi kerjasama di mana mereka bekerjasama, saling bantu-membantu untuk mencapai tujuan yang sama iaitu kebebasan dari penjajah. Perhubungan yang berlaku dalam kalangan rakyat pula hanya bila orang Melayu ke bandar untuk mendapatkan barangan keperluan ataupun orang Cina ke kampung untuk mendapatkan barangan dagangan. Selesai urusan tersebut mereka akan kembali semula kepada kelompok etnik masing-masing. Interaksi yang berlaku hanyalah interaksi antara individu-individu yang berada dalam kelompok etnik yang sama.
Kemudiannya pada 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kemasukkan Sarawak, Sabah dan Singapura. Jumlah penduduk dan keluasan kawasan pemerintahan telah bertambah. Selain itu, Sabah dan Sarawak mempunyai kepelbagaian etnik yang lebih rumit berbanding Tanah Melayu manakala Singapura pula majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Sarawak dan Sabah mempunyai lebih kurang 60 etnik. Maka, interaksi etnik yang berlaku lebih kompleks. Namun, interaksi etnik yang berlaku di Sabah dan Sarawak lebih natural dan unik berbanding di Semenanjung Malaysia ketika itu.
Interaksi etnik yang berlaku di kedua negeri Borneo dan Semenanjung Malaysia adalah berbeza. Walaupun etnik yang wujud di negeri Borneo lebih kompleks tetapi interaksi antara mereka tidak serumit interaksi yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Sehingga hari ini, tidak timbul isu-isu perkauman yang serius di kedua negeri tersebut. Hal ini, kita boleh lihat dengan jelas ketika peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah tersebut hanya melibatkan orang Melayu dan Cina di Semenanjung Malaysia tetapi tidak melibatkan kedua negeri tersebut biarpun Melayu dan Cina juga ramai di negeri tersebut. Walaupun seringkali diperkatakan bahawa peristiwa berdarah itu berlaku akibat ketidakseimbangan ekonomi iaitu monopoli ekonomi oleh orang Cina dan keterpinggiran orang Melayu tetapi kurang interaksi juga merupakan penyumbang kepada peristiwa tersebut. Jika wujud interaksi atau komunikasi yang baik dan erat dalam kalangan orang Cina dan Melayu ketika itu, peristiwa tersebut dapat dielakkan kerana interaksi  membolehkan kita memahami antara satu sama lain. Apabila wujud persefahaman kita akan cuba bertoleransi antara satu sama lain dan setiap masalah boleh diselesaikan dengan aman.

SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969







Selepas peristiwa 13 Mei pelbagai usaha telah diwujudkan oleh kerajaan untuk mengelakkan peristiwa seperti itu berulang. Salah satu usaha kerajaan yang sering diperkatakan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Secara umumnya, DEB ini bertujuan merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara kaum namun dan menyusun semula masyarakat. Hal ini kerana, jurang ekonomi yang wujud turut mewujudkan jurang sosial. Masyarakat Cina yang menguasai perdagangan tinggal di bandar-bandar dan hidup mewah sedangkan orang Melayu masih lagi dengan amalan ekonomi tradisional, tinggal di kampung dan hidup miskin. Secara tidak langsung, orang Melayu akan merasa rendah diri dan orang Cina pula merasakan mereka lebih hebat. Apabila wujud keadaan seperti ini maka masalah interaksi akan terjadi dan masing-masing akan mempunyai pandangan yang stereotaip yang kebiasaannya bersifat negatif terhadap sesuatu kaum. Inilah keadaan yang cuba dihapuskan oleh kerajaan dalam perlaksanaan DEB. Proses interaksi sosial boleh kita lihat dalam dua iaitu interaksi yang membawa kepada penyatuan dan perpecahan. Interaksi yang membawa kepada penyatuan ialah interaksi secara kerjasama, akomodasi dan asimilasi manakala interaksi yang membawa kepada perpecahan ialah persaingan, kontravensi dan pertentangan. Kerajaan cuba mewujudkan interaksi yang membawa kepada penyatuan dan mengelakkan interaksi yang ke arah perpecahan melalui DEB.
Selain itu, Rukun Negara telah digubal sebagai garis panduan rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan etnik, kebudayaan dan kepercayaan supaya perpaduan boleh diwujudkan. Lima prinsip Rukun Negara menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat. Dalam prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, kita boleh melihat  istilah Tuhan digunakan bukannya istilah Allah. Ini kerana perkataan Tuhan adalah lebih umum dan boleh digunakan oleh semua rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua agamanya. Selain itu, prinsip yang pertama ini juga membawa rakyat Malaysia kembali kepada agama masing-masing kerana tiada agama yang mengajarkan kejahatan melainkan kebaikan kepada umatnya. Apabila manusia kembali kepada ajaran agamanya maka manusia tersebut akan menjauhi kejahatan dan perkara-perkara yang negatif seperti persengketaan. Prinsip yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan kepada raja dan juga negara akan menghalang individu daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh memurkakan raja dan memusnahkan negaranya.  Prinsip yang ketiga pula ialah Keluhuran Perlembagaan, dimana perlembagaan negara merupakan tunjang utama negara. Jika semua rakyat Malaysia berpegang pada Perlembagaan maka peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi. Seterusnya prinsip yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Jika masyarakat mematuhi undang-undang, maka masalah dapat dielakkan. Prinsip terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang amat penting dalam perhubungan sosial masyarakat Malaysia. Sikap sopan dan bertatasusila mampu mengelakkan konflik antara individu kerana setiap individu mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan penuh kesopanan dan tertib dalam setiap tingkah lakunya. Setiap prinsip dalam Rukun Negara mempunyai makna dan nilai yang tersirat yang menjurus kepada melahirkan warganegara yang berperibadi mulia dan seterusnya boleh mewujudkan interaksi yang positif sesama masyarakatnya. Dasar Pendidikan Negara juga merupakan langkah yang  dilakukan kerajaan untuk mewujudkan interaksi yang erat antara kaum di Malaysia  agar perpaduan dan keharonian dapat dicapai. Objektifnya boleh ditafsirkan sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi.  Kerajaan melihat bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang amat sesuai dalam mewujudkan perhubungan yang harmoni antara pebagai kaum kerana dalam usia kanak-kanak golongan ini mudah menerima nilai-nilai yang ingin diterapkan. Lagipun interaksi yang baik diantara kaum harus dipupuk sejak dari kecil agar mereka mudah menerima dan memahami serta bertoleransi dengan setiap perbezaan yang wujud di antara mereka. Pemahaman perbezaan tentang budaya dan kepercayaan sejak kecil akan mengelakkan pandangan stereotaip yang seringkali melumpuhkan komunikasi antara individu atau masyarakat. Dalam sekolah ini juga interaksi berbentuk kerjasama, akomodasi ataupun penyesuaian dan asimilasi  boleh diwujudkan. Interaksi berbentuk kerjasama boleh diwujudkan di sekolah dengan aktiviti-aktiviti kerja berpasukan seperti melakukan gotong-royong membersihkan sekolah. Interaksi berbentuk akomodasi atau berbentuk penyesuaian boleh berlaku apabila pelajar yang pelbagai latar belakang ekonomi, agama dan etnik berada dalam satu kelas yang sama dan cuba menerima dan memahami antara satu sama lain. Asimilasi boleh diwujudkan dengan sikap toleransi antara pelajar, sikap terbuka, persamaan dari aspek budaya dan sikap menghargai antara satu sama lain. Interaksi-interaksi seperti ini mudah dilahirkan dalam kalangan kanak-kanak kerana seperti peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Kepelbagaian etnik yang wujud di Malaysia membawa kepada kepelbagaian kebudayaan. Kerajaan telah melihat betapa pentingnya peranan kebudayaan dalam membentuk perpaduan. Salah faham dan pandangan stereotaip yang wujud adalah kerana kurangnya pemahaman dan pengetahuan tentang kebudayaan sesuatu kaum. Perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berdasarkan kepada keadaan tersebut. Kerajaan cuba mewujudkan hubungan dalam kalangan rakyat melalui kebudayaan. Dalam dasar ini kerajaan melakukan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan setiap kaum yang ada di Malaysia. Dengan langkah tersebut, setiap kebudayaan etnik yang wujud di Malaysia dapat diangkat dan ditonjolkan. Dalam aspek ini, interaksi secara asimilasi dapat berlaku hal ini kerana, kebudayaan etnik-etnik di Malaysia mempunyai persamaan. Misalnya, budaya kunjung-mengunjung di musim perayaan. Kesemua kaum di Malaysia mempunyai budaya tersebut pada musim perayaan kaum mereka dan kini budaya ini telah menjadi satu budaya yang wajib di Malaysia. Dasar ini bukan sahaja boleh mewujudkan hubungan yang lebih baik antara kaum tetapi juga meningkatkan martabat budaya Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.


PERANAN INTERAKSI SEBAGAI AGEN PERUBAHAN.
Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti negara kita Malaysia, interaksi antara pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan memainkan peranan yang sangat penting. Oleh demikian, peranan interaksi sebagai agensi perubahan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kerajaan telah mewujudkan beberapa dasar-dasar yang dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara pelbagai kaum, etnik, bangsa, budaya dan kepercayaan di negara kita. Tujuan utama dasar- dasar tersebut digubal adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum di negara kita.  Dasar-dasar yang digubal sememangnya  agen perubahan yang sangat berkesan sekali kerana ia membawa implikasi positif terhadap hubungan pelbagai kaum di negara kita.

PERLEMBAGAAN.

Salah satu dasar yang telah digubal oleh kerajaan yang memainkan peranan sebagai agen perubahan adalah melalui Perlembagaan negara kita. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di  negara kita, segala perundangan yang bercanggah dengan perlembagaan secara automatiknya akan terbatal setakat yang bercanggah. Di dalam perlembagaan Malaysia bahagian satu,  perkara 3 (1)  ada menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang agama lain  diamalkan di negara kita. Sebagai contoh, kaum India, Cina, bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang halangan. Hal ini membuktikan bahawa menerusi perlembagaan setiap etnik, bangsa dan ras  sebenarnya dapat memupuk perpaduan dengan berkongsi kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kita. Contohnya, melalui perayaan yang disambut setiap tahun seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan krismas ikatan silaturahim sesama masyarakat  dapat dieratkan.  walaupun mempunyai agama yang berbeza namun kepelbagaian budaya yang dimiliki menjadikan interaksi antara kaum dapat berjalan dengan baik. Bahkan perbezaan kebudayaan yang  dimiliki juga menjadikan negara kita unik sekali di mata dunia.


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut bertindak sebagai agen perubahan dalam interaksi antara kaum.  Objektif utama dasar ini ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan,  memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan di samping  menjana  kerohaniaan yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia kerana ia mencerminkan keperibadian negara kita. Dasar ini sebenarnya dapat memupuk semangat kerjasama  khususnya dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi.Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Oleh itu, dasar ini merupakan agen perubahan yang berkesan sekali. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya yang berbeza.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Justeru itu, atas sebab tersebut kerajaan telah menggubal dasar ini bagi menyatupadukan  kebudayaan yang pelbagai di negara kita. Melalui Dasar Kebudayaan ini setiap etnik dapat berhubung dengan baik. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara kita yang tergolong dalam kalangan negara sedang membangun kerana mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Justeru itu, dapatlah dibuktikan bahawa dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta dapat  mengekalkan identiti negara.


KONSEP 1 MALAYSIA.






Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang  sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan  Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan  Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep  1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang  bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.  Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Gagasan 1Malaysia juga  menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 1Malaysia  bermatlamat untuk mengekal dan  meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta  rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.  Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai.   Justeru itu, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.


RUKUN NEGARA.
Di samping itu, setiap warganegara Malaysia juga hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang–undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil,   liberal dan  saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara adalah jelas merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat.  Melalui Rukun Negara, semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat berpegang kepada  satu  ideologi yang dapat dijadikan sebagai amalan dan etika kehidupan seharian mereka. Rukun Negara amalan hidup  rakyat Malaysia.
Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama.  Masyarakat yang   adil dalam pengagihan   kekayaan dan kemakmuran negara.  Masyarakat  yang  progesif  dalam  mewujudkan  warganegara yang  berbudaya  ilmu demi  mewujudkan  rakyat  yang cukup  pengetahuan  untuk  membangunkan  negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.


DASAR INTEGRASI NASIONAL.
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.
Agen hubungan etnik mempunyai tahap- tahap  fungsi hubungan etnik yang pelbagai iaitu pada peringkat  diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Melalui agen hubungan etnik ini budaya yang mencetuskan  perpaduan boleh dibentuk, budaya yang berpaksikan kepada wawasan yang  boleh dikongsi  bersama, disokong oleh media yang positif dan dasar-dasar  kesederhanaan yang  membawa  kepada keseimbangan. Hal ini sangat perlu kerana sebarang aspek budaya yang diekstrimkan tanpa berpandu kepada  kontrak sosial akan membawa keretakan integrasi nasional.


DASAR PENDIDIKAN NEGARA.
Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang secara lansung dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum. Contohnya melalui penubuhan sekolah kebangsaan. Jika diteliti,dasar ini sebenarnya turut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara pelbagai etnik, bangsa, budaya mahupun kepercayaan. Dalam kata lain, dasar ini sebenarnya agen perubahan yang dapat menggalakkan lagi perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Melalui dasar pendidikan sesebuah negara dapat maju dan berkembang pesat. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu,  Undang-undang Pelajaran 1952,  Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.


BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN.
Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.. Dalam Perkara 152 perlembagaan ada menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.Hal ini bermaksud bahasa melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa melayu dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ini secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya, apabila orang cina, India dan melayu ingin berkomunikasi mereka akan menggunakan bahasa melayu hal ini disebabkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama berbanding bahasa lain. Namun demikian, penggunaan bahasa lain adalah tidak dilarang.


KESIMPULAN
Penggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mewujudkan interaksi. Tetapi sejauh manakah keberkesanan dasar ini dalam isu interaksi? Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa masih belum tercapai disebabkan masih wujud pebagai masalah interaksi antara indivudu. Interaksi di antara individu pelbagai etnik hanya kerap berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalan satu persekitaran multi-etnik seperti di SMK. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan? Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka interaksi yang berlaku hanya relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah berjaya dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang untuk berinteraksi antara pelbagai etnik. Kejayaan meningkatkan interaksi antara  pelbagai etnik bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan kejayaan perlaksanaannya oleh pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak dapat dilaksanakan interaksi sosial pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan maka ‘Satu Negara Satu Bangsa’ hanya akan tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan semua rakyat Malaysia. Yang pasti usaha, kajian serta penggubalan dasar yang lebih efektif pasti menjamin interaksi yang lebih berkesan dan cabaran strategik yang dimuatkan dalam Wawasan 2020 iaitu pembentukan bangsa Malaysia dapat dicapai.








Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)
    Keanggotaan dan matlamat
    Bentuk kerjasama
    Cabaran



Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.


Keanggotaan dan Matlamat
Keanggotaan ASEAN

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.


Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
    Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
    Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan
    Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
    Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.


Bentuk Kerjasama 




 






Kerjasama Politik


1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian
  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)
Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;
  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.


Cabaran ASEAN
Ekonomi
Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.


Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.


Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.












  









PENGENALAN
Sambutan lima puluh tahun kemerdekaan Malaysia menandakan satu lagi pencapaian dalam pembangunan ekonomi negara. Ketika mencapai kemerdekaan, negara sangat bergantung kepada bijih timah dan getah serta lebih daripada separuh penduduk berada dalam kemiskinan. Kini, ekonomi Malaysia mempunyai asas kepelbagaian yang meluas. Ia juga adalah negara perdagangan ke-19 terbesar di dunia dengan perdagangan melebihi RM1 trilion. Malaysia terus menikmati kestabilan politik walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namun hidup bersatu padu. Pada masa yang sama, pendapatan per kapita telah meningkat 26 kali ganda kepada RM20,841 dan kadar kemiskinan telah berkurang di bawah paras 6.0%. Negara kita merupakan ekonomi terbuka dan akan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu. Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat bersaing dengan negara luar. Malaysia berhadapan dengan cabaran yang menggentarkan di tengah-tengah perubahan global yang pesat dan dasar-dasar negara memainkan peranannya dalam mengatasi cabaran ekonomi Malaysia ini.
DAMPAK KRISIS KEWANGAN TERHADAP INDUSTRI KECIL SEDERHANA  (IKS)
Krisis kewangan serantau yang bermula dengan penurunan nilai Bhat telah mempengaruhi seluruh pelusuk ekonomi Malaysia, termasuk sektor Industri Kecil Sederhana (IKS). Bagi tahun 1998, kadar pertumbuhan merosot sebanyak 6.7 peratus dan jumlah permintaan domestik menjunam sebanyak 25.9 peratus. Apabila keadaan ini berlaku, negara berhadapan pula dengan kekangan kredit, prospek perniagaan yang tidak menentu serta peningkatan kos pengeluaran berikutan dengan kejatuhan nilai ringgit, maka banyak daripada firma IKS telah muflis. Pekerja daripada sektor ini juga ramai diberhentikan. Masalah kewangan menjadi masalah utama pada masa ini kerana bank-bank dan pemberi pinjaman lain mengenakan syarat yang lebih ketat kerana risiko menjalankan perniagaan telah meningkat. Bagi kebanyakkan IKS, masalah mendapatkan pinjaman ini mencerminkan masalah lain yang dihadapi mereka seperti kekurangan pengetahuan tentang pengeluaran, pengurusan lemah termasuk pegurusan kewangan, tidak mengetahui tentang pengurusan risiko, menggunakan teknologi usang, serta terlalu bergantung kepada pinjaman. Satu masalah baru bagi IKS ialah dari segi penggunaan teknologi maklumat sebagai alat untuk perdagangan, perniagaan-e, mengautomasikan pengeluaran supaya mencapai tahap optimum dan memperbaiki pengurusan. IKS ini juga kurang mendapat sambutan dikalangan pelabur disebabkan oleh tumpuan kerajaan yang lebih kepada industri berat. Usaha kerajaan dalam mengembangkan ekonomi industri berat seperti kereta, pembuatan dan perkilangan menyebbkan kerajaan kurang memberikan tumpuan terhadap perkembangan IKS.
Selain daripada perubahan dalam pasaran domestik, IKS juga menghadapi cabaran antarabangsa. Persaingan global yang semakin meningkat dalam perdagangan dan pelaburan akan mempengaruhi daya saingan IKS Malaysia. Dalam dekad akan datang, perubahan teknologi yang dinamik, penciptaan kemahiran baru, mobiliti bebas modal buruh dan kewangan serta kebimbangan terhadap alam sekitar merupakan kedua-dua cabaran dan peluang kepada IKS. Apakah tindakan kerajaan serta IKS dalam mengatasi dampak negatif ini?


PENDEKATAN
Masalah kewangan yang dihadapi IKS semasa kegawatan ekonomi kini merupakan masalah jangka pendek. Bagi membantu IKS, kerajaan telah memperkenalkan dana tambahan kepada dana yang sedia ada. Antara dana ynag diperkenalkan semasa kegawatan ekonomi ini ialah Pakej Kewangan untuk IKS (Paksi) pada Oktober 1997, Tabung IKS yang dilancarkan pada Januari 1998 dengan jumlah RM1 billion dan Tabung Pemulihan IKS dengan peruntukan RM750 juta pada November 1998. Syarat untuk mendapatkan bantuan di bawah Tabung IKS juga dilonggarkan, termasuk mengurangkan pinjaman minimum daripada RM250,00 kepada RM50,000 dan menaikkan pinjaman maksimum daripada RM2 juta kepada RM5 juta serta menghapuskan had 20 peratus ke atas modal kerja. Pada Januari 1998, definisi IKS diperluas meliputi syarikat yang mempunyai tidak lebih daripada 150 pekerja sepenuh masa dan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta. Ini adalah bertujuan meliputi syarikat yang lebih besar dengan keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang lebih berat bagi mewujudkan rantaian yang lebih kukuh dengan penguasaha Industri Berat (IB) dan menebusi pasaran eksport. Di pasaran domestik, pasaran IKS memainkan peranan yang sangat penting iaitu usaha ke arah Wawasan 2020, iaitu menjadi pembekal utama kepada industri teras. Dari segi antarabangsa, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan peraturan WTO dari satu segi, menimbulkan persaingan sengit kepada IKS Malaysia, tetapi dari segi lain, menyediakan peluang lebih baik seperti pasaran yang lebih luas dan sumber-sumber yang lebih murah. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) ditubuhkan sebagai pusat pentadbiran nasional serta institusi mekanisme dalam menyalurkan perkhidmatan sokongan yang diperlukan kepada IKS untuk membolehkan mereka berdaing saing. Jika dilihat, SMIDEC ini berperanan dalam menggalakkan pembangunan IKS yang mden dan canggih selaras dengan arah tuju startegik pembangunan perindustrian, membangunkan IKS sebagai sektor yang cekap dan berdaya saing, berupaya mengeluarkan produk, komponen dan perkidmatan berkualiti serta mempunyai nilai ditambah yang tinggi untuk pasaran global.  Tabung Bantuan Teknikal Industri (ITAF) merupakan salah satu bentuk kewangan yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1990 bagi mendapatkan geran berpadanan kepada IKS. Dalam ITAF terdapat 4 komponen dimana kompenan satu merupakan Skim Khidmat Perunding, kedua merupakan Skim Pembangunan Produk dan Reka Bentuk, ketiga merupakan Skim Peningkatan Kualiti dan Produktiviti dan terakhir merupakan Skim Pembangunan Pemasaran. Dalam waktu yang sama kerajaan juga menawarkan Pinjaman Mudah untuk Modenasi dan Automasi dan Pinjaman Mudah untuk Peningkatan Kualiti IKS serta tabung kewangan yang telah dinyatakan sebelum ini. Jika dikaji, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memajukan IKS ini kerana ia merupakan salah satu tujuan dasar perindustrian digubal. Malaysia, untuk menjanakan guna tenaga, telah membangunkan zon perdagangan bebas sebagai usaha untuk menarik syarikat-syarikat ini. Untuk mengatasi kelemahan pada ketika dalam dampak IKS ini, beberapa langkah dimajukan untuk dibincang dan dipertimbangkan supaya pendekatan untuk membantu IKS dapat diperbaiki. Perpindahan teknologi merupakan salah satu cara kerajaan dalam mempromosikan teknologi dengan menawarkan insentif kepada pelabaur apabila mereka memindahkan teknologi yang dipromosikan dan membantu pembangunan IKS tempatan. Dasar secara jelasnya telah memberikan peruntukkan serta kerjasama dalam membangunka IKS ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara.


KETIDAKSEIMBANGAN PENCAPAIAN EKONOMI DAN KEMISKINAN
Ketidakseimbangan ekonomi ini tidak hanya merujuk kepada kaum, tetapi dilihat dari aspek bandar dan luar bandar, antara wilayah di Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Ketidaksamaan pendapatan antara bandar dan luar bandar di negara ini juga semakin meningkat. Dimana pencapaian pendapatan antara luar bandar dan bandar berbeza ini disebabkan oleh salah satu faktor perbandaran di bandar yang menggalakan peluang pekerjaan dan berlaku migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Pertama, kemiskinan mutlak iaitu satu keadaan isi rumah tidak berupaya mencapai pendapatan yang boleh menampung keperluan. Kedua, kemiskinan relatif iaitu ketidakseimbangan pendapatan satu kumpulan dalam sesuatu masyarakat. Ketiga, kemiskinan tegar iaitu isi rumah tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi menampung kehidupan asas. Umpamanya di Malaysia, sejumlah 33 peratus penduduk miskin bekerja dalam kegiatan ekonomi bukan pertanian di bandar. Di bandar Kuala Lumpur sahaja, 0.4 peratus penduduk berada pada garis kemiskinan pada tahun 1999 dan jumlah ini meningkat kepada 1.5 pertus pada tahun 2004. Kemiskinan ini memberi impak terhadap ekonomi negara kerana masyarakat ini boleh digolongan sebagai golongan yang terpinggir dari hasil ekonomi. Sekiranya sesebuah negara itu mempunyai struktur ekononmi yang baik dan berkesan nescaya isu kemiskinan ini dapat diatasi. Krisis ekonomi yang berlaku menjadi salah satu punca dan meninggalkan kesan ke atas penduduk bandar dalam bentuk kehilangan pekerjaan, pemberhentian kerja, pengurangan upah dan peningkatan kos hidup. Penghijarahan penduduk je bandar juga meningkatkan tekanan ke atas penyediaan perkhidmatan dan kemudahan bandar. Lebih penting lagi, kumpulan berpendapatan rendah akan menghadapi masalh kekurangan kemudahan asas seperti air bersih, elektrik, perumahan,tandas,pembuangan sampah, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial. Faktor ini akan menyumbang kepada peningkatan insiden kemiskinan dan mengurangkan kualiti hidup kawasan bandar. Antara contoh bandar yang mengalami kemiskinan ialah Alor Star yang merupakan bandar pentadbiran utama Kedah. Bandar ini mempunyai penduduk yang paling ramai dengan kadar pertumbuhan purata 5.3 peratus setahun. Banci penduduk pada tahun 1980 mendapati 30.8 peratus penduduk di bandar ini berada pada paras kemiskinan iaitu dengan pendapatan kurang daripada RM300 sebulan. Keadaan ini juga akhirnya mengundang kepada penempatan kawasan setinggan.
Beralih pula kepada perbezaan jurang antara kaum yang juga merupakan salah satu masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Jurang ekonomi antara kaum ini menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi yang ini membawa kepada isu kemiskinan juga. Jika dilihat dari aspek kemiskinan etnik, terutamanya kaum Melayu yang mencatatkan sebagai gologan miskin, diikuti kaum India dan Cina. Salah satu punca kaum Cina mendominasi ekonomi negara adalah disebabkan peluang dalam bidang perniagaan. Fenomena ini secara  tidak langsung akan meyebabkan pencapaian ekonomi yang tidakseimbang. Pembahagian ekonomi ini secara tidakmlangsung akan menjamin keamanan politik dan sosial. Dalam isu ketidakseimbangan ekonomi akan kita ungkap perbezaan ekOnomi antara Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur. Jika dilihat pencapaian ekonomi antara kawasan semenanjung dengan kawasan Timur, kawasan semenanjung lebih mendominasikan ekonomi negara. Ini disebakan pelabur-pelabur lebih berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka di Semenanjung yang lebih berupaya dalam perkembangan ekonomi negara. Salah satu faktor kepada masalah ini adalah tumpuan dasar kerajaan yang lebih kepada kawasan Semenanjung. Malah pembahagian hasil ekonomi yang leibh mengutamakan pembangunan di kawasan bandar juga menjadi salah satu punca. Keadaan ini menyebabkan hasil ekonomi yang disalrukan ke kawasan Timur adalah jauh lebih rendah berbanding kawasan Semenanjung. Rasional ketidakseimbanagan ekonomi ini dikatakan sebagai salah satu masalah ekonomi adalah kerana aspek ekonomi ini merupakan salah satu hak dimana setiap individu berhak mendapatkan hak ekonomi negara. Pencapaian ekonomi negara dilihat apabila setiap rakyat dan kawasan serta pembangunan mendapat hak yang sama dalam pembangunan ekonomi negara.

PENDEKATAN

Pencapaian pembangunan sosioekonomi negara ini selepas 1970 diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai ajaib. Dasar makroekonomi pragmatik yang dilakukan oleh kerajaan membolehkan ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan pertumbuhan yang tinggi dan mapan dalam jangka masa 1970-1990. Kejayaan pembagunan negara merupakan hasil langsung daripada DEB yang berteraskan falsafah ‘pertumbuhan dan penagihan”. Pencapaian DEB ini menggambarkan kejayaan memperbetulkan ketidakseimbangan pencapaian ekonomi dalam kalangan etnik, bandar dengan luar bandar dan ketidak seimbangan ekonomi. Di bawah DEB, kerajaan membentuk pelbagai instrumen untuk mencapai keseimbangan ekonomi. Antara instrumen yang digunakan ialah melaksanakan penyusunan semula ekuiti syarikat awam untuk memastikan orang Melayu mendapat pemilikan ekuiti dan peluang pekerjaan, memastikan semua syarikat mematuhi syarat penyusunan semula sebelum disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Malah kerajaan juga melaksanakan program khusus mengikut sektor bagi program pembasmian kemiskinan serta mewujudkan pelbagai program untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).  Pencapaian DEB dapat dilihat apabila pendapatan purata sebenar keluarga bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan pada tahun 1970 kepada RM940 sebulan pada tahun 1990. Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia juga telah menurun daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 15.0% pada tahun 1990, manakala kemiskinan anatra kaum juga telah menurun iaitu kaum bumiputera dari 65% pada tahun 1970 ke 20.8% pada tahuun 1990, kaum Cina dari 26% pada tahun 1970 ke 5.7% pada tahun 1990, kaum India dari 39% pada tahun 1970 ke 8% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan di bandar juga telah berkurangan daripada 21.3% pada tahun 1970 kepada 8.2% pada tahun 1984 dan 7.3 pada tahun 1990. Hak milik modal masyarakat  bumiputera meningkat dari 32.3% pada tahun 1970 kepada 46.8% pada tahun 1990 iaitu melebihi dari kuato yang ditentukan. Lebih kurang 28 bandar telah dibangunkan dalam kawasan pembangunan wilayah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara, engka dan Terengganu Tengah. Hak milik modal merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang ini. Pemilikan modal penting untuk membiayai aktiviti ekonomi dan seterusnya membantu menjana peluang pekerjaan. Keupayaan sesebuah etnik memiliki modal ynag tinggi boleh membantunya menjana lebihan dan mengukuhkan penyertaannya secara berterusan dalam aktiviti ekonomi. Contohnya Amanah Saham Berhad 1 Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memberikan pembahagian saham sana adil kepada semua kaum dan golongan di Malaysia. Dalam usaha mengatasi masalah ini, kerajaan juga telah meneruskan usahanya menerusi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) iaitu untuk mencapai pembangunan ekonomi bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan adil. Pelaksaan dasar ini mengambil kira kaum, bahasa dan semua spek dalam memantapkan pengurusan ekonomi negara. Antara program-program pembangunan yang dilakukan menerusi dasar ini adalah mengalihkan arah tumpuan strategi pembasmian kemiskinan kearah pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Selain itu juga, melalui dasar ini wujud guna tenaga dan pembangunan pesat kearah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif sebagai strategi yang berkesan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor-sektor moden. Dalam proses penyusunan semula masyarakat ini, sektor swasta menjadi salah satu agenda dimana sektor ini dilibatkan sekali gus memberi peluang sektor tersebut untuk terus berkembang. Boleh dikatakan bahawa strategi ini merupakan salah satu peralihan penting unutk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi. Salah satu tujuan adalah untuk meningkatkan keupayaan menghasilkan pendapatan dan menguruskan kekayaan mereka dengan berkesan. Kemiskinan di Malaysia juga terus berkurang. Insiden kemiskinan keseluruhan di kalangan rakyat Malaysia telah berkurang daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Jumlah isi rumah miskin berkurang sebanyak 33 peratus daripada 311,300 kepada 209,000 hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang mantap serta pelaksanaan pelbagai program dan projek pembasmian kemiskinan. Insiden kemiskinan di Sabah telah berkurang daripada 23 peratus kepada 16 peratus, manakala di Sarawak berkurang daripada 7.5 peratus kepada 4.2 peratus. Projek Agropolitan yang melibatkan pembangunan tanah bersepadu untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan luar bandar terus dilaksanakan. Di samping itu, skim Jaringan Keselamatan Sosial atau Social Safety Net yang telah dilancarkan pada tahun 1990 akan terus diperkukuh dan diperluaskan dengan pelbagai bantuan. Program pembasmian kemiskinan untuk kumpulan minoriti termasuk Orang Asli serta golongan miskin tidak produktif dirancang dengan mengambil kira perbezaan keperluan dan tahap pembangunan mereka. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan taraf hidup termasuk penyediaan akses yang lebih baik kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas bagi kumpulan minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Menghapuskan kemiskinan adalah salah satu daripada enam pelan tindakan yang diambil dalam menghadapi krisis ekonomi dengan tumpuan yang lebih diberi kepada masalah kemiskinan laur bandar. Memandangkan masalah kemiskinan banyak berlaku di kawasan luar bandar, fokus lebih diberi kepada golongan miskin laur bandar. Penglibatan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan boleh dilihat dalam konteks perbelanjaan pembangunan dalam rancangan lima tahun iaitu 31.7% dalam RMK-2, (1971-75) dan 23.8% dalam RMK-7 (1996-2000). Sebahagian besar peruntukan dibelanjakan untuk pertaniaan dan pembangunan luar bandar diikuti oleh perkhidmatan sosial dan industri kampung dan kecil.

KEGAWATAN EKONOMI

Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi negara dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagai mana yang disaksikan ketika berlakunya krisis lalu.Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos  pengeluaran dengan luar negara. Tahun 1985 dan 1986 boleh dikatakan sebagai permulaan kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi. Sejak krisis kewangan Asia tahun 1997-1998, kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau ini semakin terhakis. Pertumbuhannya lebih rendah daripada pertumbuhan negara lain yang turut dilanda krisis, sementara pelaburannya pula belum pulih. Malah pelaburan sebagai peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terus menerus merosot, dengan pelaburan swasta kekal lembap disebabkan beberapa faktor. Dalam beberapa industri, penyertaan aktif Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) telah membantutkan pelaburan swasta. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 dianggap kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah. Krisis ini melibatkan kejatuhan pasaran saham dan mata wang negara sekali gus meningkatkan hutang negara serta mengurangkan rizab negara. Sejak Mac1997, berlaku kejatuhan Indeks Saham BSKL hingga 1200 mata sehingga menyebabkan pelabur asing menarik keluar modal-modal mereka. Perkara ini tidak berhenti setakat itu apabila pada September 1997, berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia yang turun kepada RM3.46 berbanding dolar Amerika. Kejatuhan saham ini juga mengakibatkan bursa saham Hong Kong susut 1211.47 mata kepada 10 426.30 iaitu kerugian nilai sebanyak AS$30billion. Krisis ini merupakan krisis dunia yang turut memberi impak kepada negara Malaysia. Kegawatan ekonomi ini memberikan pelbagai masalah dan kesan sistem negara di mana ini mengakibatkan berlaku peningkatan penggangguran iaitu daripada 2.7 peratus pada tahun 1997 kepada 6.4 peratus pada tahun 1998. Kegawatan ekonomi ini sekaligus meningkatkan kadar inflasi negara dimana telah meningkat dari 3.6 peratus kepada 7 peratus pada tahun 1998, malahan  Indeks Harga Pengguna (IPP) juga meningkat dari 2.7 peratus pada tahun 1997 kepada 7 peratus pada tahun 1998. Indeks Harga Pengeluar juga meningkat pada kadar 12.0 peratus. Pada bulan Januari-April 1998, didapati IHP dan IPP masing-masing berada di paras 4.6 peratus dan 15.0 peratus. Paras harga meningkat kesan daripada penurunan nilai mata wang, peningkatan barangan import dan komponen-komponen import.






PENDEKATAN
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia ialah penstrukturan semula ekonomi hasil daripada perubahan dasar pergantungan terhadap eksport komoditi utama kepada dasar perindustrian yang dimuatkan dalam Wawasan 2020. Perubahan dasar telah menyebabkan Malaysia mengalami transisi daripada ekonomi separa-tradisional kepada ekonomi yang lebih maju. Proses transisi ini sebaliknya membawa perubahan terhadap fungsi dan struktur ekonomi iaitu peningkatan dalam kapisiti pengeluaran terutamanya pengurangan inisdens kemiskinan, kadar pengangguran.
Jika dilihat salah satu matlamat penubuhan dasar perindustrian ini ialah untuk mengatasi kemelesetan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi ini kini dianggap boleh diterajui oleh Dasar Perindustrian Negara. Kerajaan telah mengorak pelbagai langkah dalam mengatasi  kemelesetan ekonomi negara melalui dasar ini. Dasar perindustrian yang membawa kepada tranformasi ekonomi Malaysia bermula sebelum RMK-5 dilancarkan dengan terbentuknya Pelan Induk Perindustrian(PIP) pada 1985. Malaysia mula mengorak langkah ke arah sektor pembuatan dengan munculnya industri petrokimia, automobil, memproses makanan, berasa kayu dan lain-lain industri. Pada 1991 kerjasama sektor swasta dengan penglibatan swasta telah diperluaskan dengan terbentuknya Pelan Induk Penswastaan (PMP). Pendekatan yang digunapakai dalam aspek ini ialah menswastakan jabatan-jabatan kerajaan dan separa kerajaan yang berpotensi di samping memberi peluang kepada sektor swasta mencadangkan projek-projek baru yang mempunyai prospek. Pertumbuhan ekonomi telah berlaku dengan pesat setelah dasar peindustrian dilaksanakan. Ini pastinya tercetus disebabkan penekanan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam mewujudkan suasana yang kondusif untuk perkembangan sektor tersebut. Pelaburan merupakan salah satu cara kerajaan dalam meningkatkan aliran negara ini. Selepas berlakunya kemelesetan ekonomi, kerajaan memberi peranan kepada pihak swasta sebagai enjin pertumbuhan malah menggalakkan pelaburan asing untuk mempercepat lagi pertumbuhan ekonomi. Kesannya ekonomi Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan. Pada tahun 1987 dan 1988. Kerajaan telah mengadakan iklim pelaburan yang baik dan hasilnya jumlah pelaburan telah meningkat dengan banyaknya sejak tahun 1987. Misalnya pelaburan swasta ekuiti asing dalam projek-projek yang dilluluskan dalam tahun 1988 sebanyak RM3, 517 juta merupakan pertambahan lima kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. Pelaburan ekuiti rakyat Malaysia pula sebanyak RM1,680 juta bagi tempoh yang sama merupakan pertambahan lebih dua kali ganda.
Selain itu, kerajaan merasakan bahawa untuk memulihkan semula kewangan negara, Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam patut diketengahkan. Ini merupakan salah satu langkah dalam menguatkan kewangan kerajaan di samping mengawal kadar inflasi negara. Rancangan Malaya Kelapan (2001-2005) merupakan salah satu cara kerajaan dalam mengubah strategi pertumbuhan negara. Bagi mempertingkatkan ekonomi negara RMK-8 telah menggunakan startegi pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuh kestabilan ekonomi melalui pengangihan pendapatan secara adil. Kerajaan berusaha memulihkan ekonomi negara  dengan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam ekonomi. Disebabkan sektor swasta merupakan salah satu faktor yang menyumbang ekonomi negara sebanyak 19% maka usaha memajukan sektor swasta dilakukan dimana syarikat-syarikat diswastakan melalaui Dasar Penswataan dengan bermotifkan syarikat ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Daya saing dan produktiviti yang amat tinggi diperlukan. Bagi meningkat ekonomi negara sendiri maka usaha dalam mengembangkan barangan Malaysia amatlah wajar. Jika dilihat dari segi ekonomi tempatan, Kempen Beli Barang Malaysia dipromosi bagi mengurangkan pengimportan barang luar negara. Defisit merupakan salah satu komponen yang perlu dikurangkan bagi mencapai tahap pertumbuhan yang bagus. Ini termasuk meningkat kecekapan dalam perkhidmatan perkapalan memandangkan wujudnya defisit yang besar bagi kos pengangkutan dan insurans. Bagi mengekalkan inflasi pada kadar minimum, kerajaan terus melaksanakan dasar berhemat dengan memastiksn penawaran wang selaras dengan usaha mengekal kestabilan harga. Ini termasuk penguatkuasaan penggunaan tanda harga, memantau harga barang keperluan asas, menggalakkan automasi serta memastikan upah setimpal dengan pertumbuhan produktiviti.
Pengurangan pergantungan ekonomi merupakan salah satu usaha dalam mengawal kegawatan ekonomi. Sehingga kini Malaysia masih dikenali sebagai negara pengeksport bahan-bahan mentah dan pengimport barang-barang siap. Keadaan ini dapat diubah apabila kerajaan talah bergiat dalam meningkatkan hasil dalaman negara. Ini melalui penambahan nisbah barang-barangan pembuatan dalam jumlah eskport negara. Langkah ini mengurangkan pertukaran asing dan menyediakan satu asas hubungan yang menguntungkan dalam nisbah import-eksport bagi barangan pembuatan kerana negara berkemampuan untuk mengimport kurang barangan modal dan peralihan. Sewaktu kegawatan ekonomi, Malaysia berada pada tahap yang amat membuntukan, maka penghasilan produk dalam negeri  sendiri dalam mengawal pengeluaran mata wang keluar sebaliknya meningkatkan hasil ekonomi itu sendiri. Dalam jangka masa panjang kerajaan bercadang mencipta teknologi dan jentera yang lebih maju atau sekurang-kurangnya setanding untuk mengembangkan lagi sektor industri berat. Hanya dengan langkah ini sikap pergantungan kepada negara luar dapat dikurangkan. Apabila menyetuh aspek kegawatan ekonomi, usaha berperingkat-peringkat menjadi pilihan kerajaan. Tumpuan tidak hanya diberikan dari satu aspek sahaja.  Contohnya DPN, kemajuan ke arah memperkukuh dan mempelbagikan asas pengeluaran membantu daya ketahanan ekonomi negara dan melindunginya sebarang kesan perubahan ekonomi anatabangsa diluar jangkaan.








PENUTUP
Penggubalan sesuatu dasar itu menjadi langkah kerajaan dalam menangani masalah-masalah ini. Contohnya,pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7% dalam dekad ini sehingga tahun 2000 bukan sahaja bergantung kepada kemajuan yang berterusan dalam usaha di peringkat antarabangsa untuk mengubahsuai ekonomi dunia, tetapi yang lebih penting ialah sejauh manakah ekonomi negara mampu menyahut dan beruapaya mengubahsuai struktur pengeluarannya dengan perubahan permintaan dunia dan peluang-peluang terbuka. Peranan ahli ekonomi dalam merancang pembangunan sesebuah negara yang melibatkan pelbagai displin amatlah bermakna. Sebagai pembuat dasar mereka juga cepat bertindak terhadap sesuatu isu pembangunan yang diketengahkan secara global. Umpamanya tuntutan konsep pembangunan berkekalan yang didokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun diterima sebagai isu kebangsaan pada masa ini. Meskipun begitu pembuat dasar pada umumnya beranggapan bahawa pembangunan untuk kemajuan yang berlandaskan pemahaman ekonomi yang amat diperlukan oleh negara Dunia Ketiga sebagai langkah mengatasi masalah ekonomi. Penerangan di atas merupakan langakah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan. Namun begitu, ini bukanlah tanda tamat sebaliknya tanda permulaan perjalanan kita. Kerajaan perlu merumuskan dasar-dasar awam secara terperinci dalam kita menyelesaiakan masalah negara. Tujuan untuk mencapai pembangunan ekonomi yang lebih cepat bukanlah soal bagi sesebuah negara sahaja tetapi masalah untuk semua negara di dunia ini. Pertambahan pengeluaran sesebuah negara tidak bermakna pembangunan ekonomi telah dicapai.
Malaysia merupakan model kepelbagaian budaya, etnik dan biologi. Warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik malah sejarah kolonialnya juga merupakan aset untuk menjalinkan hubungan dengan banyak negara, terutamanya dengan ekonomi pertumbuhan tinggi seperti China, India, Asia Barat dan Indonesia. Di samping itu, kepelbagaian rangkaian bahasa di Malaysia membantu untuk menyokong pembangunan pelancongan dan hubungan industri dalam pasaran yang sama. Biodiversiti kaya yang ada pada Malaysia boleh dimanfaatkan untuk menjana faedah ekonomi daripada pelancongan, rekreasi, penggunaan farmaseutikal dan produk nutrisi.
Usaha kerajaan berterusan dalam mematapka lagi perkembangan ekonomi,setiap langkah yang dilaksanakan mencapai kejayaan tetapi hanay akan mengambil masa. Pihak kerajaan sahaja tidak maminkan peranan dalam mengatasi masalah ekonomi ini tetapi juga setiap rakyat perlu berganding dalam merealisasikan usaha kerajaan.



 Bangunan Parlimen Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
1.    Yang Di-Pertuan Agong
2.    Dewan Negara
3.    Dewan Rakyat
Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.


Dewan Rakyat

Dewan Negara

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

BANGUNAN PARLIMEN
Sejarah Awal
Sebelum bangunan Parlimen seperti sedia ada dibina, Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman yang sekarang dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 11 September 1959.  Dewan Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Ampang ini dibina pada tahun 1935 dan asalnya ialah kediaman En. Eu Tong Sen, seorang pelombong dan pengusaha lading getah yang kaya dan terkenal di Kuala Lumpur.  Ia telah diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-tukang atau “master builders” yang diupah khas.
Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman merupakan sejarah penting tanahair kerana buat julung kalinya Parlimen Persekutuan telah bersidang dengan ahli-ahlinya.  Persidangan Parlimen tersebut telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamed.
YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, telah menyuarakan pandangannya bahawa sebuah bangunan khusus perlu didirikan sebagai Parlimen.
Ekoran dari itu, pada tahun 1959, satu kawasan berkeluasan 16.2 hektar berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak yang sesuai.  Kawasan tersebut dipilih kerana lokasinya yang strategik iaitu, terletak di atas sebuah bukit dan berhampiran dengan pusat bandaraya.
Pada 31 Ogos 1962, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, telah berkenan untuk meletakkan batu asas bagi membina bangunan Parlimen di kawasan tersebut.
Kerja-kerja pembinaan dimulakan selepas upacara meletak batu asas tersebut.  Kemuncak bukit mula diratakan pada paras 61 meter dari aras laut pada  bulan September 1962.  Kerja-kerja pembinaan Parlimen yang terdiri dari sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah bangunan menara 17 tingkat telah mengambil masa hampir setahun.
Keseluruhan belanja untuk membina Parlimen ini ialah RM 18 juta.  Bagi melengkapkan jalan ke Parlimen, satu jambatan telah dibina untuk menghubungkan terus Bukit Parlimen dengan Pusat Bandar.
Bangunan Parlimen telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 2 November 1963.

Bangunan Utama
Bangunan utama juga disebut bangunan ibu merupakan bangunan tiga tingkat, bersaiz 380 kaki X 290 kaki, amat unik rekabentuknya di mana bumbungnya terdapat bentuk sebelas segitiga yang bersusun.  Di bawah bumbung bersegitiga itulah terletaknya Dewan Rakyat.  Keseluruhan bangunan mempunyai rekabentuk kerawang seperti sarang lebah yang berfungsi sebagai kawalan terhadap sinaran matahari kepada bangunan yang diliputi oleh kaca.
Bangunan utama ini mempunyai tiga tingkat.  Tingkat pertama terdapat Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kafeteria, pejabat pos, klinik, sudut sidang media, bilik Sekretariat, bilik Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bilik-bilik timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, pejabat menteri – menteri mengikut kementerian, coffee house Ahli Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta lobi bagi kedua-dua dewan.
Di tingkat dua terdapat bilik – bilik Menteri, dewan taklimat serta bilik Jawatankuasa 1 dan 2 serta Pejabat Kira – Kira Wang Negara.  Di tingkat bawah bangunan pula terdapat bilik diRaja, dewan bankuasi, pusat sumber, bilik penyelidik dan surau bulat yang panjang garisan pusatnya 36 kaki dan boleh membuatkan 100 jemaah.
Manakala di tingkat tiga bangunan ibu ini terletaknya Galeri Awam bagi kedua-dua dewan yang memuatkan kira-kira 120 orang tetamu bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.  Sebuah Pusat Media telah dibina dengan menempatkan ruang kerja untuk semua pengamal media massa arus perdana serta dua buah mini studio, mini studio RTM dan TV3.


Bangunan Menara
Bangunan menara 17 tingkat, bersaiz 80 kaki persegi dan berketinggian 250 kaki, terletak berhadapan bangunan utama.  Terdapat dua jambatan sepanjang 166 kaki yang menghubungkan bangunan menara dengan bangunan utama.  Pada asalnya, bangunan menara menempatkan pejabat para menteri dan ahli-ahli parlimen.  Namun, apabila bilangan kakitangan Parlimen bertambah, bangunan menara telah diubah menjadi pejabat untuk kakitangan.  Walau bagaimanapun, beberapa ruang pejabat masih dikekalkan seperti Pejabat Perdana Menteri di tingkat 2, pejabat Timbalan Perdana Menteri di tingkat 3, Pejabat Menteri yang menjaga  hal ehwal Parlimen di tingkat 15, dan pejabat Ketua Pembangkang di tingkat 14.
Di tingkat 17, tingkat yang teratas, terdapat ruang terbuka yang seringkali digunakan untuk majlis-majlis jamuan. Ruang ini juga dikenali sebagai Anjung Parlimen.  Pemandangan dari tingkat 17 amat menarik, berlatar belakangkan permandangan bangunan-bangunan pencakar langit dan panorama ibu kota Kuala Lumpur.

Dewan Bankuet
Dewan Bankuet atau dewan jamuan ini mempunyai saiz yang sama dengan Dewan Rakyat di atasnya.  Ia dapat memuatkan 500 orang tetamu pada satu-satu masa.  Dewan Bankuet ini digunakan buat pertama kalinya untuk Majlis Jamuan Negara pada 18 September 1963.  Ia juga pernah digunakan sebagai tempat untuk istiadat penghormatan terakhir bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum dikebumikan.  Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Keistimewaan Bangunan Parlimen

Keseluruhan kompleks bangunan Parlimen ini ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba panas dan meresapkan cahaya.  Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh binaan ini dengan Kerawang berukir (Shield) yang diperbuat daripada batu konkrit buatan tempatan yang dipasang sebahagian demi sebahagian.  Tiap-tiap bahagian, berukuran 11 kaki tinggi dan 40 inci lebar, dipasang dengan menggunakan satu kerin menara khas.  Kerawang yang berbentuk seperti sarang lebah itu menambahkan lagi hebatnya bangunan ini.
Satu lagi keistimewaan bangunan ini ialah sistem pembahagian air yang membekalkan kolam dan pancurannya.  Air itu beredar melalui dua sistem yang berangkai dan yang bermula di bahagian bumbung bangunan ini membawa ke seluruh kompleks hingga ke parit yang terletak di bawah bangunan menara itu.  Lebih kurang 250,00 gelen air terus beredar dengan kadar 42,000 gelen sejam.  Air yang diwarnakan biru ini diolah untuk menjauhkan lumut dan Lumpur.
Pada keseluruhannya, lebih dari satu juta batu bata, 2,200 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 300 tan kaca digunakan untuk membina projek gergasi ini.
Selain itu, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan beberapa jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.  Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui ditanam di kawasan sekitar.  Di dalam kawasan kompleks Parlimen juga terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa, berpuluh-puluh ekor rusa juga dipelihara di sini.
Di dalam kompleks Parlimen ini juga turut ditempatkan beberapa prasana beriadah seperti gelanggang tennis,  badminton, futsal, bolatampar, gymnasium, bilik sauna di mana ianya terletak di bangunan Dewan Serbaguna untuk kemudahan ahli-ahli parlimen dan kakitangan.

Kuantan Bandar Lestari




PIHAK-PIHAK BERPERANAN DALAM PEMBANGUNAN BANDAR SECARA LESTARI ORGANISASI PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Terdapt tiga peringkat berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengawal selia pentadbiran perancangan dan kawalan pembangunan berdasarkan saiz dan tumpuan dari segi fungsi pembangunan iaitu:
i.    Dewan Bandaraya contoh – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
ii.    Majlis Bandaraya contoh – MB Ipoh, MB Melaka, MB Johor Bahru dan MB Kuching
iii.    Majlis Perbandaran Contoh –MPSP, MPPP, MPKS dan lain-lain.
iv.    Majlis Daerah contoh – MD Kubang Pasu, MD Kulim dan lain-lain.
Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171), pentadbiran sesebuah PBT adalah diketuai oleh seorang Yang Dipertua dengan dibantu oleh beberapa ahli majlis (yang dilantik) dan bertanggungjawab dalam pengurusan, perancangan, pembangunan dan penadbiran PBT. Namun begitu, pengagihan tugas dilakukan bagi melancarkan pembangunan sesuaut bandar.
DBKL

 JABATAN PERANCANGAN BANDAR
Jabatan ini bertanggungjawab memastikan pembangunan yang berlaku di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa PBT dijalankan dan dilaksanakan mengikut garis panduan dan perancangan yang telah ditetapkan oleh PBT berkenaan. Selain daripada itu, jabatan ini juga berfungsi menjalankan tugas-tugas berikut:
i.    Menyediakan rancangan-rancangan tempatan berdasarkan kepada strategi struktur yang telah diwartakan.
ii.    Mengkaji polisi dan dasar rancangan struktur jika didapati perlu.
iii.    Memproses dan memberi pertimbangan ke atas permohonan pembangunan yang diterima samada dari sektor awam dan swasta.
iv.    Bertanggungjawab dalam perancangan fizikal bagi projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Majlis
v.    Menyediakan kertas-kertas Perancangan unutk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri.
vi.    Mengadakan kajian-kajian perancangan bagi setiap kawasan dari semasa ke semasa.
vii.    Mengkaji dan mengsyorkan dasar dan garis panduan perancangan untuk pertimbangan dan keputusan Majlis.
JABATAN BANGUNAN
Penubuhan jabatan ini adalah selaras dengan fungsi PBT sebagai pihak yang bertanggungjawab mengawal pembinaan yang dijalankan di kawasan PBT berkenaan. Antara fungsi jabatan ini adalah seperti berikut:
i.    Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan majlis.
ii.    Menyediakan kemudahan infrastruktur
iii.    Pengawasan peraturan kerja penyelenggaran infrastruktur
iv.    Menyediakan laporan permohonan untuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan
v.    Keluarkan surat-surat dan pelan kelulusan
vi.    Menyemak Permohonan Pelan Pembangunan
Dalam menyahut seruan pembanguna  lestari, langkah-langkah kawalan yang strategik perlu diberikan perhatian yang serius terutamanya PBT. Tujuan utama ialah untuk memastikan pembangunan penduduk, pembangunan sektor ekonomi kawasan melalui pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pembanunan gunatanah yang efisien. Pemeliharaan alam sekitar haruslah diserasikan dengan pembangunan bagi memastikan pengekalan kualiti alam sekitar bagi menjamin pewujudan masyarakat yang sihat dan cergas. Ini boleh dipastikan dengan merangka tindakan kawalan yang menyeluruh dan bersepadu dalam menangani masalah alam sekitar. Perlu diwujudkan lebih banyak stesen-stesen pengawasan kualiti alam sekitar yang efisien meliputi  kualiti udara, air permukaan, sisa kumbahan kilang dan sebagainya. Kesedaran awam juga perlu dibentuk melalui latihan dan penerangan yang mencukupi kepada semua kakitangan kerajaan, pihak swasta serta industri dan orang awam tentang keperluan dan kepentingan peranan mereka membantu mengekalkan kualiti hidup dan kualiti alam sekitar pada tahap yang tinggi. PBT juga perlu menyediakan kemudahan sosial dan rekreasi yang mencukupi serta bermutu terutamanya bagi memenuhi keperluan di kalangan golongan muda.
Semua cadangan pembangunan mesti disertakan dengan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). Kedua-dua laporan tersebut adalah untuk mengawal serta menentukan setiap cadangan pembangunan yang diluluskan menepati segala kehendak-kehendak piawaian dan syarat-syarat pihak berkuasa. Sementara EIA adalah untuk 19 aktiviti yang diwartakan, LCP pula  ialah untuk semua aktiviti lain yang tidak diwartakan. LCP adalah sebagai alat pemantauan alam sekitar yang saling melengkapi untuk tujuan EIA. Program pemantauan dan penilaian data hendaklah diselaraskan dari segi jenis, tempat dan aplikasi yang digunakan terutamnya apabila terdapat banyak agensi yang terlibat di dalam aktiviti tersebut. Segala data seperti Indeks Kualiti Udara dan Air yang terkini haruslah dibenarkan penggunannya oleh semua pihak dan jika perlu dimasukkan ke dalam laman web yang tertentu seperti yang telah dilakukan oleh beberapa negara maju. Kefahaman dan penglibatan pihak arkitek, perancang, jurutera, kajiiklim, saintis persekitaran, penggubal polisi dan undang-undang amat penting dalam membuat keputusan atau kaedah pembangunan yang mesra alam sekitar. Tanpa kerjasama semua pihak yang terlibat, pembangunan lestari tidak akan tercapai dan Wawasan 2020 akan terbengkalai di tengah jalan.

RANCANGAN STRUKTUR PEMBANGUNAN
Rancangan Struktur merupakan rancangan strategik yang mengandungi kenyataan bertulis mengenai dasar dan cadangan PET bagi pernajuan serta pengawalan penggunaan tanah, memperelokkan alam sekitar Fungsinya ialah mengkaji semua polisi negara dan negeri yang berkaitan untuk disesuaikan dengan rancangan PBT. la adalah untuk menentukan tujuan, polisi dan perancangan awal untuk kawasan terlibat di samping sebagai rangka kerja untuk membuat Rancangan Tempatan, menentukan kawasan tindakan, menentukan kemudahan pembangunan yang perlu ada dan menentukan arah tuju dalam membuat sebarang keputusan dalam perancangan pembangunan. Penyediaan Rancangan Struktur bermula pada peringkat kajian permulaan yang merupakan tindakan awal bagi rnaksud penyediaan Rancangan Struktur terrnasuklah dalam menentukan kawasan kajian
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN
Pembangunan sistem maklumat dan perancangan dapat membantu penyediaan rancangan pembangunan yang lebih telus, contohnya melalui penggunaan Sistem Sokongan Perancangan (SSP) dalam membuat keputusan perancangan. Zainuddin (1997) pernah menyuarakan pandangan bahawa sudah sampai masanya lebih banyak kaedah SSP berasaskan teknologi maklumat diperkenalkan dalam sistem penyediaan pelan pembangunan di Malaysia. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu alat bantu yang digunakan dalam SSP dimana kaedah-kaedah saintifik untuk menganalisis masalah, menjana alternatif, menilai dan memilih penyelesaian yang lebih rasional diperlukan dalam mendapatkan keputusan perancangan untuk pembangunan yang lebih berkesan. GIS boleh diibaratkan sebagai ‘another quiet revolution’ dalam amalan perancangan (Esnard & MacDougall 1997). GIS juga merupakan komponen utama dalam Sistem Sokongan Perancangan (SSP) yang menawarkan kemudahan paparan data dan alat komunikasi, menghasilkan peta dan carta yang menerangkan keadaan terdahulu, masa kini mahupun jangkaan atau alternatif akan datang.
ORANG AWAM
Kebanyakan orang awam di negara ini rnasih kabur dan tidak mernahami akan hak dan peranan yang boleh atau perlu mereka rnainkan dalam sesuatu perancangan pembangunan di tempat mereka. Justeru itu, pengetahuan orang awam terhadap perancangan bandar dan desa mesti dipertingkatkan. Cara penyampaian mesti mudah difahami oleh semua golongan rnasyarakat dan seterusnya mereka diberitahu hak dan peranan yang boleh atau perlu mereka lakukan dalam membentuk pembangunan di kawasan rnasing-rnasing. Sokongan yang jitu hanya dapat diperolehi dari mereka yang sedar dan berpengetahuan tentang sesuatu perkara seperti pencemaran alam sekitar ini. Dalam masa yang sama, ruang yang lebih luas dan saluran-saluran rasmi atau formal yang lebih jelas perlu diadakan bagi membolehkan penyertaan mereka. Keberkesanan sesebuah perancangan itu seharusnya diukur dari aspek sejauh mana ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta wawasan penduduk tempatan. Malah pihak kerajaan atau PBT juga boleh mengiatkan kesedaran ini melalui kempen serta pendidikan alam sekitar. Pendidikan adalah saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan alam sekitar juga pembangunan bandar secra lestari. Ia boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Secara formal melibatkan 3 tahap iaitu tahap iaitu tahap rendah, menengah dan tahap tinggi iaitu melalui program lestari di peringkt ijazah seperti di UPM,UKM,UM.Manakala secara tidak formal pula banyak dijalankan oleh JAS dengan kerjasama NGO seperti SAHABAT ALAM SEKITAR (SAM) melalui media massa, seminar, forum, kuiz, dan risalah. Kempen kesedaran dan gotong royong yang diadakan di peringkat negeri juga merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyedarkan orang awam, contohnya antara tahun 1992 hingga 2004 pelabagai kempen diadakan, contohnya Sumber Air Warisan Negara (1992), Pencegahan Asas Pemulihan (1996-1997) dan Sungai Sumber Rekreasi (1995).




RUJUKAN
Dato' Haji Zainuddin bin Muhammad, Oktober 1994. Development Plans -A Planning Tool For Sustainable Urban Development In Malaysia. UNCHS International Conference on Re-appraising The Urban Planning Process As An Instrument For Sustainable Urban Development and Management, 3 -7 October 1994, Nairobi, Kenya. Ministry of Housing and Local Government Malaysia.


Prof. Ibrahim Komoo, 1998. Pembangunan Kawasan Tinggi: Kawalan Berdasarkan Perancangan.   Bengkel Alam Sekitar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 22- 23 Apri11998.


Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan Pusat Bandar Kuala Terengganu. (1991 -2010): Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu Ogos 1993.
Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan Pusat Bandar Kuala Terengganu. (1991 -2010):
Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu Ogos 1993.