Teori Pemodenan

Posted by Rema G - -

Teori pemodenan adalah teori yang menghuraikan atau yang menerangkan proses transformasi masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.
[Modernization theory is a description and explanation of the processes of transformation from traditional or underdeveloped societies to modern societies (J. Michael Armer & John Katsillis, 2000)]


TEORI PEMODENAN KLASIK
Teori pemodenan peringkat awal (klasik) dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber, Georg Simmel dan Rostow.
Mereka pada umumnya menumpukan perhatian kepada kesan pemodenan ke atas masyarakat serta masalah yang dihadapi dalam sesebuah masyarakat moden.
AUGUSTE COMTE










Comte mengatakan masyarakat berubah secara evolusi mengikut tiga tahap atau peringkat, iaitu:
    1.    Tahap theological & military
    2.    Tahap metaphysical & juridical
    3.    Tahap positivistic & scientific
Tahap Theological/Military
Tahap ini disamakan dengan keadaan dunia sebelum abad ke-13.
Mengikut Comte, pada  tahap ini konsepsi teori penuh dengan unsur-unsur luar biasa, khayalan dan imaginasi.
Hubungan sosial adalah  bercorak ketenteraan  dan ciri taklukan wujud dengan meluas.
Institusi perhambaan juga wujud dengan meluas.
Perkembangan sains  pada tahap ini adalah minima.


Tahap Metaphysical/Juridical
Tahap ini dihubungkan dengan keadaan dunia pada Abad 13- 18.
Ini merupakan peringkat peralihan dari peringkat Theological/Millitary  kepada peringkat Positivistic/Scientific.
Pada peringkat ini unsur khayalan  dan imaginasi masih meluas. Fenomina sosial masih  diterangkan dengan idea yang abstrak.
Masyarakat tidak seluruhnya bercorak militari, dan  hubungan sosial pula tidak begitu regimented. Sistem perhambaan tidak begitu ketat.
Proses perindustrian mula berkembang


Tahap Positivistic/Scientific
Keadaan selepas abad 18 hingga sekarang. Peringkat  ini melihat perkembangan industri yang pesat.
Konsepsi teori adalah berasaskan kenyataan atau fakta.
Fenomina sosial dijelaskan secara saintifik berdasarkan kajian empirikal.
Pada tahap ini perhubungan sosial dan  organisasi masyarakat  dikatakan  berlandaskan ciri industrial yang terbuka dan bebas

KARL MARX








Perkara terpenting berkaitan dengan pemikiran intelek Karl Marx adalah seperti berikut:
Teori Kelas
Kaedah Dialectic
Konsep Alienation
TEORI KELAS
Mengikut Marx, ekonomi merupakan faktor utama atau "basic structure" dalam masyarakat.
Faktor-faktor lain seperti politik, agama, dll. yang disebut sebagai “super structure” adalah bergantung kepada faktor utama tersebut.
Marx mengatakan perkembangan modal yang membawa kepada kekayaan material, dapat membebaskan manusia daripada kesempitan hidup.
Tetapi keadaan ini dikatakan akan membawa kepada penindasan golongan minoriti yang menguasai modal/ kekayaan ke atas golongan majoriti (yang tidak menguasai modal/ kekayaan)
Golongan yang menguasai modal/ kekayaan adalah disebut kelas borjuis, dan golongan  yang tidak menguasai modal/kekayaan disebut kelas proletar (kelas pekerja).
Marx mengatakan, kelas proletar tertakluk kepada pelbagai tekanan dan ekploitasi daripada kelas borjuis.
Kelas borjuis yang kecil (minoriti) memperalatkan kelas proletar untuk menambah modal/kekayaan mereka.
Akibatnya, golongan proletar akan sedar bahawa mereka ditindas oleh golongan borjuis, dan kesedaran kelas (class consciousness) ini akan membawa kepada perasaan kelas (class feeling).
Akhirnya wujud tindakan bagi menghapuskan masyarakat yang berkelas (class society) serta menggantikannya dengan masyarakat tanpa kelas (classless society)
Masyarakat tanpa kelas  (masyarakat sosialis) wujud atas asas sistem pemerintahan  pekerja, oleh pekerja dan untuk pekerja.
Ia beroperasi atas prinsip "from each according to his abilities to each according to his needs".
Marx mengatakan, untuk  mencapai tahap masyarakat baik (good society), perlu satu peringkat pengwasan (peringkat tutorial) sehingga golongan pekerja dapat mempelajari cara-cara yang baik untuk hidup bersama dan mendapat faedah bersama.

Kaedah Dialektik

Marx memperluaskan gagasan "dialectic of ideas" yang dikemukakan oleh Hegel kepada aspek material - dikenali dengan konsep "dialectical materialism".
Mengikut Marx, manusia tidak puas dengan apa yang diperolehinya, dan sentiasa berjuang secara berterusan untuk memenuhi keperluan baru.
Idea dialectik ini tidak melihat hubungan antara fenomina sosial dalam bentuk satu hala (one-way) sahaja seperti dalam huraian sebab musabab.
Dalam huraian sebab musabab satu fenomina boleh menjadi penyebab berlakunya fenomina lain, iaitu  A menyebabkan B.
Tetapi dalam hubungan dialectik A boleh menyebabkan B, dan sebaliknya B juga boleh menyebabkan A.
Idea dialectic tidak mengenepikan soal nilai dalam fenomina yang dikaji.
Bagi Marx, apabila membuat penelitian tentang satu-satu fenomina sosial, seseorang itu tidak boleh memisahkan nilai daripada fenomina tersebut, malah ia menjadi sebahagian daripada kajian. (contoh: nilai-nilai Proletar).
Idea dialectic juga tidak memisahkan satu fenomina sosial dengan fenomina lain dengan jelas, malah semuanya berkaitan (Borjuis boleh jadi proletar & sebaliknya).
Selain itu, idea dialectic tidak melihat keadaan semasa sahaja, malah juga keadaan masa lalu, dan masa akan datang.


One Response so far.

  1. Play'n GO Casino, Hotel & Event Space - MapyRO
    Get 경산 출장샵 directions, reviews 울산광역 출장마사지 and information 속초 출장마사지 for Play'n GO Casino, Hotel & Event 포항 출장마사지 Space in 이천 출장샵 Atlantic City, NJ.

Leave a Reply