KEMUDAHTERANCAMAN
Kemudahan terancaman atau dikenalai sebagai vulnerability boleh diertikan sebagai kriteria individu, kumpulan, komuniti atau masyarakat itu sendiri berkenaan dengan kapasitinya dalam bertindak balas, bekerjasama, bertahan, dan membaik pulih daripada impak yang diakibatkan oleh perubahan persekitaran tersebut (Vogel 1998). Penilaian vulnerabiliti adalah bergantung kepada pendekatan kajian kes yang menyediakan konteks tempat, masa, masyarakat dan skala untuk memahami keancaman risiko persekitaran dan ciri-ciri tindak balas yang efektif kepada mereka. Keadaan dan proses dihasilkan dari fizikal, sosial, ekonomi dan faktor persekitaran yang meningkatkan keancaman sebuah komuniti terhadap kesan bahaya. Abdul Samad Hadi (2000) telah membicarakan persoalan kemudah terancaman ini dalam konteks dan perspektif yang agak luas iaitu membicarakan perihal kemerosotan kualiti persekitaran yang berlaku dengan persoalan kemudah terancaman manusia yang menghuni persekitarannya. Menurut beliau, kemerosotan persekitaran akan mengundang pula kemunculan bencana-bencana yang diakibatkan oleh faktor semula jadi dan juga yang diakibatkan oleh kegiatan manusia. Cabaran kepada penilaian kemudah terancaman ini ialah mencari penjelasan yang mantap kepada “sebab-akibat” yang berbeza dalam perubahan persekitaran daripada kajian yang spesifik yang bersesuaian kepada konteks yang lebih luas.
SOSIAL
ISU KESESAKAN LALULINTAS
Bandar menjadi sempit, jalan raya-jalan raya ditutup untuk pembangunan bangunan lain, sebahagian tempat dijadikan kawasan kediaman, banguanan zaman sejarah yang terdapat di lorong-lorong kecil sehingga menyebabkan jalan tidak dapat diperluaskan
Ini menyebabkan menyebabkan kesan kepada pengangkutan dimana kenderaan makin bertambah memandangkan bandar menjadi salah satu tempat perdagangan ekonomi.
Apabila perbandaran dilakukan, perkara-perkara penting seperti jalan tidak dimajukan, jalan yang menjadi alternatf penduduk di sini tergugat, jalan utama sahaja tidak boleh diharapkan kerana ia melebihi had isipadu pada waktu kemuncak.
Apabila kenderaan bertambah, ruang yang secukupnya perlu disediakan memandangkan pengguna kenderaan semakin bertambah, ni menyebabkan ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya.
Dari maklumat sekunder yang diperoleh dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Darul Ehsan, didapati kenderaan persendirian yang berdaftar setiap tahun adalah meningkat berbanding dan mempunyai nilai yang lebih besar berbanding pengangkutan awam.
Peningkatan yang besar jumlah kenderaan berdaftar setiap tahun menjadi penyumbang kepada peningkatan kesesakan lalu lintas di jalan raya.
Bandar menjadi tempat ulang alik perkerja yangg menyebabkan perkhidmatan yang lebih baik disediakan, tetapi tidak disediakan memandangkan hanya bangunan-bangunan lebih ditumpukan pembangunannya.
Perkara ini menjadi lebih teruk apabila kesesakan berlaku berlaku pada waktu puncak iaitu anata 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan antara 4.00 petang hingga 7.00 petang.
ISU PENYEDIAAN KEMUDAHAN ASAS
Peningkatan bilangan penduduk disebabkan penghijarahan dan pertumbuhan semula jadi menyebabkan permintaan melebihi penawaran.
Salah satu adalah permintaan keperluaan asas iaitu kediaman, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem permbuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, ibadah, pendidikan, rekreasi dan sebagainya.
Kemudahan asas ini bertambah rumit apabila berlaku kejadian atau bencana semula jadi seperti terputus bekalan elektrik kemudiannya terpaksa menggunakan pili bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem perparitan, pembuangan najis dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami.
Pekembangan perindustrian juga boleh dikatakan salah satu penyediaan kemudahan dari aspek perkidmatan dimana secara tak langsung mendorong kepada pencemaran alam sekitar.
Asap kilang dan bahan buangan dari kilang menjadi salah satu faktor keada pencemran.
Penguatkusaan tidak diperketatkan sehingga menyebabkan bahan buangan dibuang tanpa mengalami proses pembersihan seperti kilang kepala sawit nag membuang sisa terus ked dalam sungai dan asap dilepaskan dari kilang tanpa penapisan udara.
Yang menjadi mangsa adalah pengguna terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.
Malahan isu terlalu banyak lampu isyarat di kawsan bandar raya dan di persekitarannya dengan jarak 200-500 meter satunya boleh menyebabkan kemalangan.
Lampu isyarat juga membuang masa lebih banyak di jalan, pada waktu tertentu persimpangan tiada kenderaan, tetapi kerana lampu lalu lintas masih merah, pengguna harus menunggu sehingga giliran lampu hijau, sekirannya tidak mereka perlu membayar dalam lingkungan RM300.
Lebih teruk apabila kesesakan lau lintas dan kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba dan polis tidak dapat bergerak terutama di persimpangan lampu lalu lintas kerana pengguna jalan menunggu giliran lampu lalu lintas menjadi hijau. Ini merumitkan lagi dan parah jika melibatkan nyawa.
Malah pertambahan penduduk juga akan menyebabkan pertambahan sampah, masalah wujud apabila pihak bertanggung jawab tidak meyediakan kemudahan membuang sampah yang lengkap akibatnya wujud masalah pembuanagn sampah di merata-rata tempat.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari).
Mutu perkidmatan bus tidak memuaskan dari segi kawasan yang dilaluinya dan juga kemudahan yang disediakan.
Contoh di Bandar Baru Bangi hanya sebahagian kawasan sahaja yang disediakan perkhidmatan ini iaitu dari seksyen 1, 16 dan UKM.
Tambahan pula, penjadualan masa bas tidak efisien dan menyukarkan pengguna. Semua bas yang digunakan telah usang dan tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan keselesaan pengguna terjejas. Bas-bas ini boleh dikatakan menggunakan rangka lori
Perhentian bas yang disediakan adalah tidak mencukupi, dan kedudukannya tidak strategik. Keadaan ini menyebabkan bas biasanya berhenti di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu laluan kenderaan yang lain. Oleh hal yang demikian, keselamatan penumpang dan pengguna jalan lain terdedah kepada kecelakaan.
PENGHIJRAHAN PENDUDUK DAN JENAYAH
Menurut Katiman 1988, penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya ketidak seimbangan pembangunan di antara wilayah
Timbulah penghijrahan penduduk dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar.
Ini tidak melibatkan penghijaran atau migrasi dalaman tetapi berlaku juga migrasi luaran.
Penghijrahan penduduk ke bandar bukan sekadar mengurangkan bilangan penduduk di luar bandar, tetapi meningkatkan jumlah penduduk bandar melalui peningkatan kadar kelahiran.
Situasi ini memberi tekanan ke atas penyerapan guna tenaga, yang menyebakan penganggur menjadi penganggur dan golongan miskin tetap kekal miskin.
Jika dilihat golongan ini berhijrah dari kawasan uar bandar untuk mencari nafkah hidup, apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka menyebabkan golongan ini terlibat dalam jenayah, menurut Katiman 1988.
Seiring dengan kepesatan perbandaran, wujud pelbagai masalah di bandar disebabkan golongan ini. Menurut Mays (1968), masalah jenayah merupakan ciri-ciri kehidupan bandar pada masa kini. McIIwaine (1999) pula berpendapat, kadar jenayah meningkat seiring dengan peningkatan pembangunan akibat proses perbandaran dan perindustrian.
Kajian di Daerah Timur Laut, mendapati kepesatan perbandaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada mempengaruhi peningkatan pelakuan jenayah harta benda iaitu 66.5 peratus responden bersetuju. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian oleh Clinard dan Abbot ,1973; Clark, 1982; Mays ,1968 McIIwaine, 1999; Pacione, 2001; Pallen, 2002; Walmsley,1988; Gold, 2002; 7 Pokhariyal, 2003; Rogers, 1989 dan Christopher, 2005.
Contoh kejadian pergaduhan di kalangan penduduk setinggan di Taman Lindungan Jaya dan sekitar Jalan Klanh Lama (Berita Harian 12 Mac 2001), ia berpunca daripada budaya samseng yng menular dalam kalangan penduduk setinggan. Dapat kita lihat, penghijaran berlebihan menyebabkan setinggan dan setinggan menyebabkan masalah.
ISU SETINGGAN
Wujud apabila kesesekan penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselreak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebahainya.
Aktiviti perindustrian yang menjadi perhatian yang lebih menyebabkan pertambahan peluang pekerjaa
Faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar tidak mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga yang termurah.
Pilihan terakhir mereka adalah mendirikan kawasan setinggan walaupun terpaksa berpindah berkali-kali disebabkan kawasan yang didiami diambil alih oleh pihak berkuasa.
Penempatan setinggan biasanya wujud dibandar-bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan sebagainya. Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling ramai setinggan bandar.
Kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Selangor pada 1999 memberi gambaran bahawa terdapat tiga negeri yang mempunyai setinggan yang ramai.
Pembiayaan pinjaman perumahan yang tidak mencukupi. Sebagai contoh di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM Ke-6), DBKL bercadang untuk membina 30,396 unit rumah kos rendah yang menelan belanja sebanyak RM 702.7 juta, namun begitu pembiayaan yang disediakan hanya berjumlah RM 79.35 juta dan ia hanya mencukupi untuk membina 4,424 unit rumah kos rendah.