Konsep Pemodenan

Posted by Rema G - -







Moden bermaksud - keadaan masa kini atau sesuatu yang terkini.
Jadi pemodenan adalah proses menukar atau merubah sesuatu yang lama / yang ketinggalan zaman (out-of-date) kepada sesuatu yang baru / terkini (up-to-date)
Dalam konteks ini,  pemodenan itu adalah satu proses perubahan, khususnya perubahan yang dilakukan oleh agensi tertentu secara sedar dan sengaja (conscious and deliberate) untuk merubah sesuatu yang lama (tradisi) kepada sesuatu yang baru (moden).
Perubahan seperti ini sering disebut sebagai perubahan berencana (planned change)
Pemodenan sebagai satu proses perubahan berencana mempunyai kaitan rapat atau sama dengan perkara-perkara berikut :
     a. Pembangunan;
    b. Perindustrian;
    c. Perbandaran; dan
    d. Perkembangan teknologi.
   
TAKRIFAN PEMODENAN
Pemodenan adalah "proses transformasi sosial kepada keadaan ekonomi, politik, budaya, pendidikan dan lain-lain sepertimana terdapat di negara-negara maju di Barat” (Moore, 1974)
Pemodenan adalah "proses perubahan ke arah sistem sosial, ekonomi, dan sistem politik yang berkembang di Eropah Barat dan Amerika Utara dari abad 17 hingga abad 19, dan kemudianya tersebar ke negara Eropah yang lain, dan pada abad 19 dan 20 ke benua Amerika Selatan, Asia dan dan Afrika” (Eisenstadt, 1966)
Tidak dapat dinafikan negara-negara Barat mula melancarkan program pemodenan secara sedar sejak zaman Enlightenment,  iaitu zaman di mana berlakunya perkembangan intelektual, perubahan falsafah serta pemikiran dan juga perkembangan sains hingga membawa kepada revolusi perindustrian di Eropah pada abad 17 dan 18.
Oleh sebab itu takrifan pemodenan oleh Eisenstadt dan Moore mengambil sikap pro-Barat dengan mengatakan pemodenan itu seolah-olah sama dengan pembaratan (westernization) atau pengeropahan (europeanization)
Hakikatnya pemodenan ini adalah satu proses pembaharuan – iaitu pembaharuan dari sesuatu yang lama (tradisi) kepada yang baru (moden).
Sumber pembaharuan boleh datang dari mana sahaja – tidak kira dari Barat atau pun dari Timur.
Malah, pembaharuan di Barat pun banyak bersumberkan Timur khususnya dari Dunia Islam, China, India dll.
Namun demikian, jika kebanyakan masyarakat dan budaya mengamalkan program pemodenan yang sama dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial dsb, dan program pemodenan itu juga datang dari sumber yang sama, maka dengan agak pasti dapat dikatakan bahawa masyarakat-masyarakat berkenaan akan menjurus ke arah keseragaman dari segi pemodenan serta akan menerima kesan-kesan pemodenan yang lebih kurang sama.
Dengan kata lain, imej masa depan (future image) sesebuah negara tradisi yang sedang mengalami proses pemodenan adalah sama atau seakan-akan sama dengan imej negara-negara yang telah pun mencapai pemodenan atau pembaharuan dalam bidang-bidang yang dinyatakan (iaitu ekonomi, politik, sosial dsb)


PEMODENAN DI NEGARA MEMBANGUN






Pada zaman kolonial negara-negara ini telah pun diperkenalkan prasarana moden oleh penjajah dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan, dll yang bersumberkan Barat.
Prasarana ini menjadi pra-syarat (pre-requisites) kepada proses pemodenan yang dilancarkan oleh negara-negara berkenaan selepas mencapai kemerdekaan.
Lantaran itu, program pemodenan yang dilancarkan oleh negara membangun ini banyak bersifat pro-Barat walau pun wujud sikap anti-Barat lanjutan daripada sikap anti-penjajah di kalangan penduduk-penduduknya.
Penjajahan dan perkembangan yang berlaku selepasnya (terutama selepas Merdeka) telah membawa beberapa kesan (effects) yang kemudiannya menimbulkan beberapa isu serta masalah kepada negara membangun dalam proses merancang serta melaksanakan program pemodenan masing-masing.
Horowitz (1972) mengemukakan tiga kesan (effects) berkaitan dengan isu dan masalah perancangan & pelaksanaan program pemodenan oleh negara membangun iaitu:


    a.     demonstration effect;
    b.    compression effect; dan
    c.    fusion effect

Leave a Reply