• Selamat Datang Dan Teruskan Perjelajahan

    Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang tiada orang lain tahu. (Aristotle Onassis)

  • Pengajian Malaysia

    Pengajian Malaysia ialah matapelajaran wajib bagi semua pelajar institusi pengajian tinggi swasta di negara Malaysia, di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555. Dengan kata lain ini merupakan matapelajaran wajib di bawah ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia.

  • Gedung Ilmu

    Dalam persekitaran hari ini, pengetahuan menyorok akhirnya menghakis kuasa anda.Jika anda tahu perkara yang sangat penting, cara untuk mendapatkan kuasa dengan sebenarnya berkongsi.






PENDAHULUAN
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan pada tahun 2003 pada dua peringakat iaitu sekolah rendah dan sekolah menegah. Peringkat pertama PPSMI ini dilaksanakan diperingkat Tahun 1 iaitu diperingkat sekolah rendah, manakala peringkat kedua merupakan peringkat sekolah menegah pada Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dasar ini merupakan cadangan mantan Perdana Menteri  Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. PPSMI sebenarnya adalah berdasarkan konsep memantapkan bahasa Inggeris dan memartabatkan bahasa Melayu. Dapat dilihat bahawa bahasa Melayu tetap dimartabatkan dan tidak disishkan oleh dasar PPSMI ini. Menurut mantan Perdana Menteri kita yang ke-4, dasar ini digubal dengan harapan dasar ini menjadi kelebihan kompetitif disebabkan bahasa Inggeris menjadi agenda penting dalam pemodenan negara dan kebolehan negara bersaing dalam era globalisasi. Dalam mencapai kemajuan dalam era globalisasi ini generasi masa kini dan akan datang mestilah mampu menguasai sains dan teknologi di tahap yang tinggi serta berupaya menjana ilmu dan teknolgi baru di masa akan datang dan sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam era ekonomi berasakan pengetahuan yang perlu dipertingkatkan.
Dalam mencapai matlamat dalam ini terutamanya, Sains  dan Matematik memainkan peranan dan menjadi batu asas kepada kemajuan dan pembagunan negara. Perkembangan dalam bidang  ini berlaku dengan cepat dan penyelidikan kepada setiap aspek sains dan matematik berlaku hampir setiap hari. Maka pendedahan kepada perubahan ini perlu dikemaskini oleh setiap individu. Pada masa kini, maklumat dan penerokaan yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bahasa Inggeris. Maka bahasa Inggeris menjadi satu unsur yang penting dalam mengembangkan Sains dan Matematik. Boleh dikatakan bahawa PPSMI ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknolgi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Ingeris.
KONSEP DAN PENGERTIAN



Fenomena yang kini dihadapi dalam sistem pendidikan Malaysia merupakan pencapaian bahasa Inggeris. Dalam menghadapi cabaran ini, maka kerajaan telah melasanakan PPSMI bagi mengatasi masalah ini sekaligus mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Peringkat awal pelaksaan PPSMI ini mendapat pelbagai cabaran terutamanya dari pihak guru dan murid yang menghadapi perubahan secara tiba-tiba. ”Sains dan Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini  merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara.  Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam Bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa konteks dalam bahasa Inggeris. (Kenyataan Akhbar Menteri Pelajaran, 20 Julai 2002)
Malah mantan Perdana Menteri kita yang ke-4 telah mengerikan bahawa bahasa Inggeris ini dimantapkan dan bahasa Melayu dimartabakan. Dalam Persidangan Kongres Pndidikan Melayu 1 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur beliau berkata bahawa ”walaupun terdapat sekolah kebangsaan yang cemerlang tetapi prestasi kebanyakannya adalah rendah. Oleh sebab penuntut di sekolah kebangsaan hampir semuanya Melayu terdiri dari anak Melayu, ini bermaka anak Melayulah menjadi mangsa kemerosotan prestasi sekolah-sekolah kebangsaan. Soalnya ialah apakah kita harus memejamkan mata dan menyerahkan kepada takdir kerana kita sanggup menghadapi realiti dan cabaran, atau apakah kita sanggup berhadapan dengan masalah yang menyerang bangsa kita, walaupun ia memalukan dan mencemar imej bangsa kita?”
ISU-ISU BERBANGKIT
Isu memantapkan bahasa Inggeris menjadi salah satu sebab dimana PPSMI ini digubal. Bahasa Inggeris ini sebenarnya menjadi alat komunikasi antara manusia yang menggunakan dua bahasa yang berlaianan. Dato Dr.Hassan Ahmad iaitu bekas pengarah Dewan Bahasa Pustakan (DBP) telah mengatakan bahawa “manusia sejagat dapat berkongsi pemikiran dan ilmu yang pasa asasnya sama, walaupun pandangan hidup mereka berbeza dari segi budaya partikular”. Ini dilahat dari aspek pertutan, jika dipandang dari aspek pendidikan isu menjadi perhatian supaya para pelajar menguasai bahasa Inggeris supaya dapat mancapai tahap komunikasi dan kecekapan bahasa yang efektif. Bahasa Inggeris menjadi satu bahasa yang penting sekiranya pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara sekaligus mencapai objektif karajaan dalam mencapai kemahuan dalam era globalisasi. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Hari Guru 2002 dimana beliau mengatakan bahawa  “kita harus menerima hakikat bahawa di dalam era globalisasi penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang utama sangat berguna untuk meningkatkan keupayaan menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi termasuk ICT dan meningkatkan peranan yang lebih luas dan berkesan dalam hubungan antarabangsa.
Dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ini, seseorang itu perlu menguasai bahasa Inggeris yang mantap ini kerana modal insan yang berkualiti ini merupakan peneraju wawasan negara 2020. Wawasan 2020 ini merupakan kekuatan kepada negara yang menuju ke arah kemajuan sosial dan ekonomi yang lebih mantap serta menghadapi cabaran dan persaingan gobal yang semakin sengit. Kini kemajuan dan ekonomi negara sedang melonjak kearah sempadan negara di mana, penduduk Malaysia yang mampu menguasai dan bertutur bahasa Inngeris diperlukan terutamanya dalam Sains dan Matematik yang mencengkam kemajuan dan ekonomi negara. Sebagai contoh, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris dan pandai menterjemahkan aspek-aspek Sains dan Matematik. Kajian Anisfield (1964) juga mendorong kepada isu penguasaan Bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik dimana kajian menujukkan pelajar-pelajar bilingual mempunyai kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir lebih baik. Malah, personaliti pelajar bilingual adalah lebih baik berbanding dengan monolingual. Pelajar bilingual juga didapati mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual. Isu penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu isu terpenting dalam mengubal PPSMI ini di mana pemantapan bahasa Inggeris dilakukan dengan memartabatkan bahasa Melayu sekali.
Jurang antara pelajar luar bandar dan bandar juga menjadi buah mulut dalam pelaksanaan PPSMI.  Masalah ini biasanya dihadapi oleh golongan yang berpendapatan yang rendah yang kebanyakkannya tinggal di kawsan luar bandar. Kemudahan asas yang kurang menjadi salah satu sebab dimana mereka terpinggir dari arus pemodenan. Kesannya dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar dimana mereka mempunyai masalah dalam perubahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka tercicir dalam penguasaan dasar PPSMI. Isu ini menjadi perhatian umum terutamanya. Ketidaksediaan dalam perubahan dalam sistem pelajaran mereka menyebabkan mereka tercicir dalam arus perubahan ini. Kurangnya pertuturan harian bahasa Inggeris juga salah satu sebab jurang dengan pelajar bandar. Mereka hanya mempraktikan bahasa Inggeris dalam kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah mereka. Mereka jarang bertutur bahasa Inggeris dengan rakan-rakan mahupun dengan ahli keluarga dalam bahasa Inggeris. Ibu bapa yang kurang berpelajaran atau tidak tahu bertutur bahasa Inggeris menjadi salah satu kekangan dalam mengembangkan bahasa Inggeris. Masyarakat-masyarakat luar bandar terutamanya beranggapan bahawa menguasai bahasa Inggeris ini akan melenyapkan adat ketimuran mereka yang boleh menyebabkan hilangnya identiti mereka. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, didapati bahawa peratusan pelajar luar bandar yang menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dalam bahasa Inggeris adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar luar bandar. Jelas fenomena ini menunjukkan bahawa pelajar luar bandar tidak cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam menjawab soalan peperiksaan. Keadaan ini berbeza dengan pelajar bandar yang memilih untuk menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris.
Isu penurunan prestasi dalam matapelajaran sains dan matematik juga dibangkitkan dalam pelaksanaan PPSMI. Kajian yang dilakukan menujukkan bahawa pencapaian Matematik pada tahun 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada pada tahun 2003 dan 519 mata pada tahun 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Manakala skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada tahun 2007 daripada 510 pada pada tahun 2003 dan 492 bagi tahun 1999 iaitu mencatatkan penurunan sebanyak 40 mata antara tahun 2007 dan 2003. Penurunan prestasi ini menujukkan bahawa kefahaman pelajar dalam subjek ini dalam bahasa Inggeris berada di tahap yang lemah. Menurut satu laporan kajian yang dilakukan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa 81% guru mahukan subjek ini diajar dalam bahasa melayu manakala 72% mengatakan pencapaian pelajar dalam subjek ini cemerlang jika diajarka dalam bahasa Melayu.
CABARAN
Dalam melaksanakan dasar ini, muncul pelbagai cabaran dan tentangan. Tentangan hebat dari golongan sasterawan terutamanya mendapat tentagan yang hebat. Golongan ini termasuk sasterawan negara iaitu Datuk A Samad Said, Prof Mohd Hj. Salleh dan Prof Diraja Ungku Aziz telah membuat bantahan terhadap isu ini dengan membuat penentangan dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009. Antara alasan yang dikemukan ialah membandingkan dengan negara yang pernah dijiajh oleh pihak inggeris yang tidak pernah maju walaupun menggunakan bahasa Inggeris dimana pencapaian Malaysia lebih cemerlang walaupun menggunakan bahasa Melayu. Selain itu, PPSMI kononnya dikatakan membawa ancama kepada bahasa Melayu. Malah terdapat juga golongan sasterawan yang sanggup melepaskan gelaran sekiranya alasan ia menjadi penghalan banthaan ini, iaitu Dato’A Samad Said yang mengatakan  "Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu’’. Bantahan ini juga disertakan beberapa hujah yang lain yang keseluruhannya menyatakan ketidakpersetujuan dalam pelaksanaan dasar ini. Sebenarnya golongan ini bukalah golongan yang menjadi anti-bahasa Inggeris, tetapi mereka sebagai pejuang bahasa Melayu merasakan dasar ini seperti mencabul kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan kita.
Selain bantahan dari golongan pejuang bahasa ini, gerakan pemansuh PPSMI juga ditubuhkan, iaitu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada awal tahun 2009 yang bermotifkan memansuhkan PPSMI ini. Tunjuk perasaan pertama yang mereka lakukan adalah di perkaragan pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009,dimana turut disertai oleh  golongan saterawan ,ahli jawatankuasa Penulis Nasional (PENA). Kemuncak bantahan GMP ke atas ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI. Melihat kepada cabaran-cabaran ini, pihak kerajaan terpaksa membuat perjanjian meja bulat supaya masalah ini dapat diselesaiakan dengan cara terhormat dan demokrasi.
Selain itu, tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru juga menjadi penghalang kepada pelaksaanan PPSMI ini. Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana hanya 54.7% guru Sains dan 622% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penguasan bahasa Inggeris bukan sahaja lemah di  peringkat sekolah malah di peringkat institusi di mana bahasa Inggeris tidak digunakan sebagai medium perantaraan pada kelas-kelas lain-lain. Komponen-komponen dalam bahasa Inggeris juga diterjemahkan dan dijelaskan dalam bahasa Melayu oleh para pensyarah dan guru. Pelajar-pelajar merasakan bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang sukar dan baru untuk mereka di mana mereka sukar untuk mengaplikasikan dalam hidup mereka. Kesukaran guru-guru di sekolah juga menjadi lebih sukar kerana mereka seperti belum biasa dengan aspek-aspek dan perkataan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apabila guru menghadapi masalah ini, maka sukar untuk mereka untuk menerangkan kedua-dua subjek ini kepada pelajar.
Disamping itu, masalah kekurangan bahan rujukan juga menjadi salah satu cabaran dalam melaksankan dasar PPSMI ini. Kawasan penempatan yang berada di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman menyulitkan pelajar mendapat bahan-bahan rujukan yang sesuai.  Situasi ini menyebabkan pelajar yang ingin mendapatkan bahan rujukan terpaksa mengambil inisiatif dengan keluar ke bandar  untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut. Malah terdapat juga segilintir guru yang kurang berkualiti di mana penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan bakal guru tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Tambahan guru yang ada juga tidak memberikan komitmen yang berkesan dalam pengajaran mereka. Guru yang merupakan pelaksana utama kepada dasar ini, namun begitu terdapat dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar yang telah ditetapkan.
Selain itu masalah tenaga pengajar yang mengajar bidang yang bukan pengkhususannya mnejadi perhatian. Sebagai contoh guru subjek Sejarah terpaksa mengambil alih tugas mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sudah pasti tidak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah. Hal ini kerana, kedua-dua subjek tersebut memerlukan pemahaman dan penguasaan yang mendalam. Malahan guru-guru perlu membuat persediaan yang terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bagi guru yang bukan bidangnya akan mengalami masalah dalam proses pengajaran walaupun sudah membuat persediaan terlebih dahulu.

PENDEKATAN
Melihat kepada cabaran-cabaran yang diterima, pendekatan yang sewajarnya telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu dilakukan. Pelbagai langkah boleh diambil dalam memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Contahnya pelajar didedahkan dengan pelbagai program yang berlimu sekaligus membolehkan para pelajar tidak lagi bergelar katak di bawah tempurung. Usaha ini perlulah dimantapkan bermula dari sekolah prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Yang pertama ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan ilmu dan pengembangan ilmu selaras dengan perancangan yang yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuhkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan jelas dapat dilihat dalam Seksyen21(12) Akta pelajaran 1961 yang mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan dan penggunaan satu bahasa ini juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat. Antara kejayaan yang dapat dilihat ialah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti–universiti lain dalam perlaksaan bahasa Melayu untuk pelbagai bidang ilmu.
Disamping itu, setiap kerajaan mahupun swasta perluah merancang dan menganjurkan pelbagai kegiatan yang dapat menyemarakan pembudayaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan martabat Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang sastera atau hanya terhad kepada institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera sahaja. Dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris, pendekatan yang rasional perlu dilakukan. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan guru serta penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kelas atau bilik darjah. Kursus bahasa Inggeris (ETEMS) yang diberikan kepada para guru PPSMI ini perlu dimantapkan lagi. Sekiranya waktu pengajaran bahasa Inggeris dikelas berlaku, maka guru-guru perlu memastikan pelajar-pelajar turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di dalam kelas. Ini memastikan penguasan bahasa Inggeris menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Walau bagaimanapun, kekangan-kekangan dalam isu jurang antara pelajar luar bandar dan pelajar bandar ini dapat diatasi dengan beberapa cara.  Masalah kekurangan bahan-bahan rujukan dalam isu jurang anatara pelajar bandar dan pelajar luar bandar perlu diatasi dengan segera agar para pelajar tidak ketinggalan dalam apa yang diajarkan. Antara bahan-bahan rujukan yang boleh membantu pelajar memehami subjek Sains dan Matematik dengan lebih berkesan ialah dengan menyediakan pakej yang terdiri daripada komponen-komponen  seperti buku teks dalam bahasa Inggeris yang menjadi rujukan utama pelajar mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran pembelajaran Sains dan Matematik. Pendekatan-pendekatan ini akan terlaksana dengan adanya kerjasama dari semua pihak terutamanya.

PENUTUP
Kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malysia masih berada di tahap yang rendah. Sudah tentu kita pernah mendengar rungutan majikan yang mengatakan bahawa graduan yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak mampu bertutr dalam bahsa Inggeris dengan baik. Bahasa Inggeris merupaka satu bahasa global yang perlu dikuasai oleh semua orang. Penguasaan bahasa Inggeris yang mantap menjamin kejayaan negara dalam era globalisasi ini. Para pendidik bertanggunjawab dalam menyuburkan pengajaran mereka di kelas. Sokongan dan dorongan guru mahupun ibu bapa perlulah senantiasa bersama anak-anak mereka. Amalan pengurus sekolah dalam memimpin pelaksanaan PPSMI di sekolah akan menentukan sejauh mana keberkesanan serta peningkatan pencapaian guru dan murid. Terdapat 5 fungsi utama yang menjadi tanggungjawab pemimpin ini dalam menjayakan PPSMI serta mana-mana program akademik di sekolah iaitu menetapkan sasaran aspek peningkatan pencapaian guru dan murid, memberi sokongan dan penekanan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memantau dan memberi maklum balas kepada guru, menguruskan pelaksanaan kurikulum, serta membuat penilaian program-program akademik. Dasar ini perlulah diperkasakan manakala bahasa Melayu dimantapakan. Kedua-dua bahasa ini perlu dibawa seiring dengan kemajuan negara. Kedua-dua bahasa ini menjadi tunjang kepada negara kita. Segala pergolakan dalan isu ini perlulah dihentikan agar anak-anak kita tidak menjadi magsa kepada masalah ini yang boleh menyebabkan mereka sendiri keliru dengan dasar negara yang sebenar, sampai bila kita akan gunakan mereka sebagai “tikus-tikus ujian” dalam eksperimen kita?.


   
     

Teori pemodenan adalah teori yang menghuraikan atau yang menerangkan proses transformasi masyarakat tradisi kepada masyarakat moden.
[Modernization theory is a description and explanation of the processes of transformation from traditional or underdeveloped societies to modern societies (J. Michael Armer & John Katsillis, 2000)]


TEORI PEMODENAN KLASIK
Teori pemodenan peringkat awal (klasik) dikemukakan oleh tokoh-tokoh seperti Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber, Georg Simmel dan Rostow.
Mereka pada umumnya menumpukan perhatian kepada kesan pemodenan ke atas masyarakat serta masalah yang dihadapi dalam sesebuah masyarakat moden.
AUGUSTE COMTE










Comte mengatakan masyarakat berubah secara evolusi mengikut tiga tahap atau peringkat, iaitu:
    1.    Tahap theological & military
    2.    Tahap metaphysical & juridical
    3.    Tahap positivistic & scientific
Tahap Theological/Military
Tahap ini disamakan dengan keadaan dunia sebelum abad ke-13.
Mengikut Comte, pada  tahap ini konsepsi teori penuh dengan unsur-unsur luar biasa, khayalan dan imaginasi.
Hubungan sosial adalah  bercorak ketenteraan  dan ciri taklukan wujud dengan meluas.
Institusi perhambaan juga wujud dengan meluas.
Perkembangan sains  pada tahap ini adalah minima.


Tahap Metaphysical/Juridical
Tahap ini dihubungkan dengan keadaan dunia pada Abad 13- 18.
Ini merupakan peringkat peralihan dari peringkat Theological/Millitary  kepada peringkat Positivistic/Scientific.
Pada peringkat ini unsur khayalan  dan imaginasi masih meluas. Fenomina sosial masih  diterangkan dengan idea yang abstrak.
Masyarakat tidak seluruhnya bercorak militari, dan  hubungan sosial pula tidak begitu regimented. Sistem perhambaan tidak begitu ketat.
Proses perindustrian mula berkembang


Tahap Positivistic/Scientific
Keadaan selepas abad 18 hingga sekarang. Peringkat  ini melihat perkembangan industri yang pesat.
Konsepsi teori adalah berasaskan kenyataan atau fakta.
Fenomina sosial dijelaskan secara saintifik berdasarkan kajian empirikal.
Pada tahap ini perhubungan sosial dan  organisasi masyarakat  dikatakan  berlandaskan ciri industrial yang terbuka dan bebas

KARL MARX








Perkara terpenting berkaitan dengan pemikiran intelek Karl Marx adalah seperti berikut:
Teori Kelas
Kaedah Dialectic
Konsep Alienation
TEORI KELAS
Mengikut Marx, ekonomi merupakan faktor utama atau "basic structure" dalam masyarakat.
Faktor-faktor lain seperti politik, agama, dll. yang disebut sebagai “super structure” adalah bergantung kepada faktor utama tersebut.
Marx mengatakan perkembangan modal yang membawa kepada kekayaan material, dapat membebaskan manusia daripada kesempitan hidup.
Tetapi keadaan ini dikatakan akan membawa kepada penindasan golongan minoriti yang menguasai modal/ kekayaan ke atas golongan majoriti (yang tidak menguasai modal/ kekayaan)
Golongan yang menguasai modal/ kekayaan adalah disebut kelas borjuis, dan golongan  yang tidak menguasai modal/kekayaan disebut kelas proletar (kelas pekerja).
Marx mengatakan, kelas proletar tertakluk kepada pelbagai tekanan dan ekploitasi daripada kelas borjuis.
Kelas borjuis yang kecil (minoriti) memperalatkan kelas proletar untuk menambah modal/kekayaan mereka.
Akibatnya, golongan proletar akan sedar bahawa mereka ditindas oleh golongan borjuis, dan kesedaran kelas (class consciousness) ini akan membawa kepada perasaan kelas (class feeling).
Akhirnya wujud tindakan bagi menghapuskan masyarakat yang berkelas (class society) serta menggantikannya dengan masyarakat tanpa kelas (classless society)
Masyarakat tanpa kelas  (masyarakat sosialis) wujud atas asas sistem pemerintahan  pekerja, oleh pekerja dan untuk pekerja.
Ia beroperasi atas prinsip "from each according to his abilities to each according to his needs".
Marx mengatakan, untuk  mencapai tahap masyarakat baik (good society), perlu satu peringkat pengwasan (peringkat tutorial) sehingga golongan pekerja dapat mempelajari cara-cara yang baik untuk hidup bersama dan mendapat faedah bersama.

Kaedah Dialektik

Marx memperluaskan gagasan "dialectic of ideas" yang dikemukakan oleh Hegel kepada aspek material - dikenali dengan konsep "dialectical materialism".
Mengikut Marx, manusia tidak puas dengan apa yang diperolehinya, dan sentiasa berjuang secara berterusan untuk memenuhi keperluan baru.
Idea dialectik ini tidak melihat hubungan antara fenomina sosial dalam bentuk satu hala (one-way) sahaja seperti dalam huraian sebab musabab.
Dalam huraian sebab musabab satu fenomina boleh menjadi penyebab berlakunya fenomina lain, iaitu  A menyebabkan B.
Tetapi dalam hubungan dialectik A boleh menyebabkan B, dan sebaliknya B juga boleh menyebabkan A.
Idea dialectic tidak mengenepikan soal nilai dalam fenomina yang dikaji.
Bagi Marx, apabila membuat penelitian tentang satu-satu fenomina sosial, seseorang itu tidak boleh memisahkan nilai daripada fenomina tersebut, malah ia menjadi sebahagian daripada kajian. (contoh: nilai-nilai Proletar).
Idea dialectic juga tidak memisahkan satu fenomina sosial dengan fenomina lain dengan jelas, malah semuanya berkaitan (Borjuis boleh jadi proletar & sebaliknya).
Selain itu, idea dialectic tidak melihat keadaan semasa sahaja, malah juga keadaan masa lalu, dan masa akan datang.


KEMUDAHTERANCAMAN
Kemudahan terancaman atau dikenalai sebagai vulnerability boleh diertikan sebagai kriteria individu, kumpulan, komuniti atau masyarakat itu sendiri berkenaan dengan kapasitinya dalam bertindak balas, bekerjasama, bertahan, dan membaik pulih daripada impak yang diakibatkan oleh perubahan persekitaran tersebut (Vogel 1998). Penilaian vulnerabiliti adalah bergantung kepada pendekatan kajian kes yang menyediakan konteks tempat, masa, masyarakat dan skala untuk memahami keancaman risiko persekitaran dan ciri-ciri tindak balas yang efektif kepada mereka. Keadaan dan proses dihasilkan dari fizikal, sosial, ekonomi dan faktor persekitaran yang meningkatkan keancaman sebuah komuniti terhadap kesan bahaya. Abdul Samad Hadi (2000) telah membicarakan persoalan kemudah terancaman ini dalam konteks dan perspektif yang agak luas iaitu membicarakan perihal kemerosotan kualiti persekitaran yang berlaku dengan persoalan kemudah terancaman manusia yang menghuni persekitarannya. Menurut beliau, kemerosotan persekitaran akan mengundang pula kemunculan bencana-bencana yang diakibatkan oleh faktor semula jadi dan juga yang diakibatkan oleh kegiatan manusia. Cabaran kepada penilaian kemudah terancaman ini ialah mencari penjelasan yang mantap kepada “sebab-akibat” yang berbeza dalam perubahan persekitaran daripada kajian yang spesifik yang bersesuaian kepada konteks yang lebih luas.

SOSIAL
ISU KESESAKAN LALULINTAS

    Bandar menjadi sempit, jalan raya-jalan raya ditutup untuk pembangunan bangunan lain, sebahagian tempat dijadikan kawasan kediaman, banguanan zaman sejarah yang terdapat di lorong-lorong kecil sehingga  menyebabkan jalan tidak dapat diperluaskan
    Ini menyebabkan menyebabkan kesan kepada pengangkutan dimana kenderaan makin bertambah memandangkan bandar menjadi salah satu tempat perdagangan ekonomi.
    Apabila perbandaran dilakukan, perkara-perkara penting seperti jalan tidak dimajukan, jalan yang menjadi alternatf penduduk di sini tergugat, jalan utama sahaja tidak boleh diharapkan kerana ia melebihi had isipadu pada waktu kemuncak.
    Apabila kenderaan bertambah, ruang yang secukupnya perlu disediakan memandangkan pengguna kenderaan semakin bertambah, ni menyebabkan ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya.
    Dari maklumat sekunder yang diperoleh dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Darul Ehsan, didapati kenderaan persendirian yang berdaftar setiap tahun adalah meningkat berbanding dan mempunyai nilai yang lebih besar berbanding pengangkutan awam.
    Peningkatan yang besar jumlah kenderaan berdaftar setiap tahun menjadi penyumbang kepada peningkatan kesesakan lalu lintas di jalan raya.
    Bandar menjadi tempat ulang alik perkerja yangg menyebabkan perkhidmatan yang lebih baik disediakan, tetapi tidak disediakan memandangkan hanya bangunan-bangunan lebih ditumpukan pembangunannya.
    Perkara ini menjadi lebih teruk apabila kesesakan berlaku berlaku pada waktu puncak iaitu anata 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan antara 4.00 petang hingga 7.00 petang.


ISU PENYEDIAAN KEMUDAHAN ASAS
    Peningkatan bilangan penduduk disebabkan penghijarahan dan pertumbuhan semula jadi menyebabkan permintaan melebihi penawaran.
    Salah satu adalah permintaan keperluaan asas iaitu kediaman, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem permbuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, ibadah, pendidikan, rekreasi dan sebagainya.
    Kemudahan asas ini bertambah rumit apabila berlaku kejadian atau bencana semula jadi seperti terputus bekalan elektrik kemudiannya terpaksa menggunakan pili bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem perparitan, pembuangan najis dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami.
    Pekembangan perindustrian juga boleh dikatakan salah satu penyediaan kemudahan dari aspek perkidmatan dimana secara tak langsung mendorong kepada pencemaran alam sekitar.
    Asap kilang dan bahan buangan dari kilang menjadi salah satu faktor keada pencemran.
    Penguatkusaan tidak diperketatkan sehingga menyebabkan bahan buangan dibuang tanpa mengalami proses pembersihan seperti kilang kepala sawit nag membuang sisa terus ked dalam sungai dan asap dilepaskan dari kilang tanpa penapisan udara.
    Yang menjadi mangsa adalah pengguna terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.
    Malahan isu terlalu banyak lampu isyarat di kawsan bandar raya dan di persekitarannya dengan jarak 200-500 meter satunya boleh menyebabkan kemalangan.
    Lampu isyarat juga membuang masa lebih banyak di jalan, pada waktu tertentu persimpangan tiada kenderaan, tetapi kerana lampu lalu lintas masih merah, pengguna harus menunggu sehingga giliran lampu hijau, sekirannya tidak mereka perlu membayar dalam lingkungan RM300.
    Lebih teruk apabila kesesakan lau lintas dan kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba dan polis tidak dapat bergerak terutama di persimpangan lampu lalu lintas kerana pengguna jalan menunggu giliran lampu lalu lintas menjadi hijau. Ini merumitkan lagi dan parah jika melibatkan nyawa.
    Malah pertambahan penduduk juga akan menyebabkan pertambahan sampah, masalah wujud apabila pihak bertanggung jawab tidak meyediakan kemudahan membuang sampah yang lengkap akibatnya wujud masalah pembuanagn sampah di merata-rata tempat.
    Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari. Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan penghasilan sampah sebanyak 2,955 tan sehari. Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (2,634 tan/hari), Johor (2,002 tan/hari), Perak (1,596 tan/hari) dan Kedah (1,383 tan/hari).
    Mutu perkidmatan bus tidak memuaskan dari segi kawasan yang dilaluinya dan juga kemudahan yang disediakan.
    Contoh di Bandar Baru Bangi hanya sebahagian kawasan sahaja yang disediakan perkhidmatan ini iaitu dari seksyen 1, 16 dan UKM.


    Tambahan pula, penjadualan masa bas tidak efisien dan menyukarkan pengguna. Semua bas yang digunakan telah usang dan tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan keselesaan pengguna terjejas. Bas-bas ini boleh dikatakan menggunakan rangka lori
    Perhentian bas yang disediakan adalah tidak mencukupi, dan kedudukannya tidak strategik. Keadaan ini menyebabkan bas biasanya berhenti di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu laluan kenderaan yang lain. Oleh hal yang demikian, keselamatan penumpang dan pengguna jalan lain terdedah kepada kecelakaan.

PENGHIJRAHAN PENDUDUK DAN JENAYAH
    Menurut Katiman 1988, penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya ketidak seimbangan pembangunan di antara wilayah
    Timbulah penghijrahan penduduk dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar.
    Ini tidak melibatkan penghijaran atau migrasi dalaman tetapi berlaku juga migrasi luaran.
    Penghijrahan penduduk ke bandar bukan sekadar mengurangkan bilangan penduduk di luar bandar, tetapi meningkatkan jumlah penduduk bandar melalui peningkatan kadar kelahiran.
    Situasi ini memberi tekanan ke atas penyerapan guna tenaga, yang menyebakan penganggur menjadi penganggur dan golongan miskin tetap kekal miskin.
    Jika dilihat golongan ini berhijrah dari kawasan uar bandar untuk mencari nafkah hidup, apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka menyebabkan golongan ini terlibat dalam jenayah, menurut Katiman 1988.
    Seiring dengan kepesatan perbandaran, wujud pelbagai masalah di bandar disebabkan golongan ini. Menurut Mays (1968), masalah jenayah merupakan ciri-ciri kehidupan bandar pada masa kini. McIIwaine (1999) pula berpendapat, kadar jenayah meningkat seiring dengan peningkatan pembangunan akibat proses perbandaran dan perindustrian.
    Kajian di Daerah Timur Laut, mendapati kepesatan perbandaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada mempengaruhi peningkatan pelakuan jenayah harta benda iaitu 66.5 peratus responden bersetuju. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian oleh Clinard dan Abbot ,1973; Clark, 1982; Mays ,1968 McIIwaine, 1999; Pacione, 2001; Pallen, 2002; Walmsley,1988; Gold, 2002; 7 Pokhariyal, 2003; Rogers, 1989 dan Christopher, 2005.   
    Contoh kejadian pergaduhan di kalangan penduduk setinggan di Taman Lindungan Jaya dan sekitar Jalan Klanh Lama (Berita Harian 12 Mac 2001), ia berpunca daripada budaya samseng yng menular dalam kalangan penduduk setinggan. Dapat kita lihat, penghijaran berlebihan menyebabkan setinggan dan setinggan menyebabkan masalah.

ISU SETINGGAN
    Wujud apabila kesesekan penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselreak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebahainya.
    Aktiviti perindustrian yang menjadi perhatian yang lebih menyebabkan pertambahan peluang pekerjaa
    Faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar tidak mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga yang termurah.
    Pilihan terakhir mereka adalah mendirikan kawasan setinggan walaupun terpaksa berpindah berkali-kali disebabkan kawasan yang didiami diambil alih oleh pihak berkuasa.
    Penempatan setinggan biasanya wujud dibandar-bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan sebagainya. Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling ramai setinggan bandar.
    Kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kerajaan Selangor pada 1999 memberi gambaran bahawa terdapat tiga negeri yang mempunyai setinggan yang ramai.
    Pembiayaan pinjaman perumahan yang tidak mencukupi. Sebagai contoh di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM Ke-6), DBKL bercadang untuk membina 30,396 unit rumah kos rendah yang menelan belanja sebanyak RM 702.7 juta, namun begitu pembiayaan yang disediakan hanya berjumlah RM 79.35 juta dan ia hanya mencukupi untuk membina 4,424 unit rumah kos rendah.

1.     Maksud bandar dan perbandaran.
Bandar
Menurut Melvin dan Thomas dalam Beaujeau-Detwler dan Marcus, 1985:4), sesebuah bandar adalah meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai nilai budaya yang tinggi termasuk berbagai-bagai kemahiran.
Pembandaran ialah proses perubahan yang meliputi aspek - aspek seperti pertambahan jumlah penduduk di bandar, perluasan saiz bandar, perubahan kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi moden dan perubahan cara hidup daripada luar bandar kepada bandar dan bersifat kompleks.


2.    Jenis bandar.
a)    Bandar
~Bandar~


•    Mempunyai status penting yang membezakannya dari pekan
•    Penduduk lebih daripada 30,000 orang
•    Contoh Pekan.


b)    Bandar raya
~Bandaraya Kuala Lumpur~


•    Penduduk sebanyak 100,000 atau lebih
•    Contog:Bandaraya Kuala Lumpur


c)    Metropolis
~Urban metropolis~


•    Penduduk melebihi 1juta  orang
•    Mempunyai hieraki yang tinggi
•    Lingkungan pengaruh yang lebih luas daripada bandaraya
•    Mempunyai kepelbagaian fungsi iaiti sebagai pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan,kewangan, pendidikan dan perniagaan.


d)    Megalopolis
~Megapolis:Tokyo~


•    Kawasan bandaraya yang sangat besar dan menggabungkan metropolis-metropolis di dalamnya dan membentuk satu kawasan bandaraya yang sangat ramai penduduk.
•    Penduduk melebihi 10 juta orang.
•    Megalopolis terbesar di dunia ialah Tokyo-Yokohama (30 juta penduduk) yang merangkumi empat metrolopolis iaitu Tokyo, Kawasaki, Yokohama, dan Saitama.




3.    Fungsi bandar.
a)    Pusat perdagangan dan perindustrian
•    Perkhidmatan dibawa keseluruh bandar-bandar di Malaysia, tidak kira bandar kecil atau besar
b)    Penyediaan suasana yang sentiasa berubah
•    Wujudnya pelbagai prasarana di bandar-bandar ini menyebabkan penggunan dan keperluan terhadap prasarana meningkat.
c)    Menyebarkan idea pembangunan, inovasi, teknologi dan maklumat
•    Bandar-bandar ini menjadi salah satu tempat penumpuan idea-idea teknologi baru dan perkongsian maklumat.
d)    Penyebaran pembangunan
e)    Melahirkan kelas menengah yang mudah menerima anjakan perubahan
f)    Sediakan keadaan sesuai bagi perkembangan ekonomi moden.


4.    Proses perbandaran
a)    Kegiatan Pengeluaran Sumber Alam Tempatan
•    Usaha pengeluaran bahan-bahan mentah yang dilakukan secara besar-besaran meyebabkan munculnya bandar-bandar yang berhampirannya.
•    Aktivit ekonomi primary ini telah  menjdi asas perkembangan bandar hingga hari ini. Contohnya Port Weld, Pelabuhan Klang dan Teluk Anson.
b)    Perpindahan Penduduk dar Desa
•    Keadaan kemiskinan yang ketara di luar bandar diakibatkan oleh kekurangan tanah serta penduduk berlebihan
•    Sektor pertanian yanh kurang produktif
•    Peluang pekerjaan disamping berbagai kemudahan di bandar.
c)    Pemusatan Fungsi dan Pembangunan Ekonomi.
•    Penumpuan pelaburan ekonomi untuk pembangunan di bandar-bandar utama
•    Pertumbuhan industri di bandar-bandar besar.
d)    Pembandaran Kawasan yang mundur
•    Menubuhkan bandar-bandar baru di kawasan pembangunan wilayah, memajukan bandar-bandar kecil.
•    Pembangunan ekonomi banyak membantu proses pembandaran di kawasan-kawasan yang dahulunya mundur.
e)    Proses penempatan semula penduduk
•    Pusat-pusat petempatan kampung baru berubah menjadi bandar.
f)    Pertambahan penduduk bandar semulajadi
•    Tingginya kadar kelahiran dan kurangnya kadar kematian terutamanya dalam kalangan orang cina.




5.    Masalah-masalah akibat perbandaran.
Kesesakan Lalulintas
•    Perbandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks.
•    Bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan
      lalulintas bukan saja di pusat bandar
•    Ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan kenderaan persendirian
Kekurangan kemudahan asas
•    kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk sering terputus bekalan elektrik, terputus bekalan air bersih yang kemudiannya terpaksa menggunakan pili bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem perparitan, pembuangan najis dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami


~Kesesakan Lalulintas di Ibu Kota. Sumber:Metro~


Penghijarahan Penduduk
•    Bukan saja melibatkan dari desa ke bandar tetapi juga melibatkan penghijrahan di peringkat antarabangsa sama ada secara sah ataupun sebagai pendatang haram
•    Menambahkan lagi bebanan dengan kesulitan yang ada di kawasan-kawasan bandar yang akhirnya terdedah pula kepada pelbagai gejala sosial yang lain
Kemiskinan
•    Penduduk miskin berada di kawasan yang kurang selesa dan tidak  mendapat kemudahan asas yang cukup dan kebanyakannya merupakan penghijrah yang datang dari pelbagai destinasi.
•    Ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran yang melampau
 
Perumahan

•    Disebabkan faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar tidak mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga yang termurah
•    Pilihan mereka adalah untuk kekal menetap di kawasan setinggan


6.    Contoh aktiviti sekuneri, tertiari, kuarternari.
a)    Sekunder
•    Aktiviti yang menambah nilai kepada bahan-bahan dengan mengubah bentuk mereka atau dengan mengadun mereka menjadi komoditi/barangan yang lebih berguna dan oleh itu lebih berharga
•    Contohnya aktiviti pemprosesan, pembuatan dan pembinaan.


~Pembinaan~


b)    Tertiari
•    Sektor perkhidmatan seperti pendidikan,  perniagaan, kewangan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya.
•    Contohnya, guru, doktor,peguam dan sebagainya


~Pengajaran;Guru~
c)    Kuarternari
•    Aktiviti perkhidmatan yang diusahakan oleh profesional kolar putih yang bekerja dalam bidang pendidikan, pentadbiran kerajaan, pengurusan, pemprosesan maklumat dan penyelidikan
•    Mempunyai hubungan secara langsung dangan r&d dan institusi pengajian tinggi
•    Penemuan baharu barangan atau pembaikan barangan adalah hasil daripada R&D
~Penyelidikan R&D~


              







Moden bermaksud - keadaan masa kini atau sesuatu yang terkini.
Jadi pemodenan adalah proses menukar atau merubah sesuatu yang lama / yang ketinggalan zaman (out-of-date) kepada sesuatu yang baru / terkini (up-to-date)
Dalam konteks ini,  pemodenan itu adalah satu proses perubahan, khususnya perubahan yang dilakukan oleh agensi tertentu secara sedar dan sengaja (conscious and deliberate) untuk merubah sesuatu yang lama (tradisi) kepada sesuatu yang baru (moden).
Perubahan seperti ini sering disebut sebagai perubahan berencana (planned change)
Pemodenan sebagai satu proses perubahan berencana mempunyai kaitan rapat atau sama dengan perkara-perkara berikut :
     a. Pembangunan;
    b. Perindustrian;
    c. Perbandaran; dan
    d. Perkembangan teknologi.
   
TAKRIFAN PEMODENAN
Pemodenan adalah "proses transformasi sosial kepada keadaan ekonomi, politik, budaya, pendidikan dan lain-lain sepertimana terdapat di negara-negara maju di Barat” (Moore, 1974)
Pemodenan adalah "proses perubahan ke arah sistem sosial, ekonomi, dan sistem politik yang berkembang di Eropah Barat dan Amerika Utara dari abad 17 hingga abad 19, dan kemudianya tersebar ke negara Eropah yang lain, dan pada abad 19 dan 20 ke benua Amerika Selatan, Asia dan dan Afrika” (Eisenstadt, 1966)
Tidak dapat dinafikan negara-negara Barat mula melancarkan program pemodenan secara sedar sejak zaman Enlightenment,  iaitu zaman di mana berlakunya perkembangan intelektual, perubahan falsafah serta pemikiran dan juga perkembangan sains hingga membawa kepada revolusi perindustrian di Eropah pada abad 17 dan 18.
Oleh sebab itu takrifan pemodenan oleh Eisenstadt dan Moore mengambil sikap pro-Barat dengan mengatakan pemodenan itu seolah-olah sama dengan pembaratan (westernization) atau pengeropahan (europeanization)
Hakikatnya pemodenan ini adalah satu proses pembaharuan – iaitu pembaharuan dari sesuatu yang lama (tradisi) kepada yang baru (moden).
Sumber pembaharuan boleh datang dari mana sahaja – tidak kira dari Barat atau pun dari Timur.
Malah, pembaharuan di Barat pun banyak bersumberkan Timur khususnya dari Dunia Islam, China, India dll.
Namun demikian, jika kebanyakan masyarakat dan budaya mengamalkan program pemodenan yang sama dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial dsb, dan program pemodenan itu juga datang dari sumber yang sama, maka dengan agak pasti dapat dikatakan bahawa masyarakat-masyarakat berkenaan akan menjurus ke arah keseragaman dari segi pemodenan serta akan menerima kesan-kesan pemodenan yang lebih kurang sama.
Dengan kata lain, imej masa depan (future image) sesebuah negara tradisi yang sedang mengalami proses pemodenan adalah sama atau seakan-akan sama dengan imej negara-negara yang telah pun mencapai pemodenan atau pembaharuan dalam bidang-bidang yang dinyatakan (iaitu ekonomi, politik, sosial dsb)


PEMODENAN DI NEGARA MEMBANGUN






Pada zaman kolonial negara-negara ini telah pun diperkenalkan prasarana moden oleh penjajah dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan, dll yang bersumberkan Barat.
Prasarana ini menjadi pra-syarat (pre-requisites) kepada proses pemodenan yang dilancarkan oleh negara-negara berkenaan selepas mencapai kemerdekaan.
Lantaran itu, program pemodenan yang dilancarkan oleh negara membangun ini banyak bersifat pro-Barat walau pun wujud sikap anti-Barat lanjutan daripada sikap anti-penjajah di kalangan penduduk-penduduknya.
Penjajahan dan perkembangan yang berlaku selepasnya (terutama selepas Merdeka) telah membawa beberapa kesan (effects) yang kemudiannya menimbulkan beberapa isu serta masalah kepada negara membangun dalam proses merancang serta melaksanakan program pemodenan masing-masing.
Horowitz (1972) mengemukakan tiga kesan (effects) berkaitan dengan isu dan masalah perancangan & pelaksanaan program pemodenan oleh negara membangun iaitu:


    a.     demonstration effect;
    b.    compression effect; dan
    c.    fusion effect







 PENGENALAN
DEFINISI MURTAD
Perkataan murtad berasal dari Bahasa Arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa perkataan riddah kebiasaannya membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang lebih luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam atau meninggalkan Islam untuk mempercayai agama lain. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggalkan atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana akidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samaada dengan melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN MURTAD
Menurut Islam, murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut: Pertama : melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli). Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang Islam yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah SWT, menghina nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain. Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang diharamkan oleh Allah dan rasulnya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama tentang halal atau haramnya seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat (hubungan sejenis), menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jualbeli dan seterusnya. Maka sikap demikian boleh menjadi murtad.
Kedua : Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi’li) Murtad juga boleh berlaku melalui apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkahlaku yang boleh membatalkan imannya, maka seseorang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah SWT seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain. Begitu juga yang meninggalkan sembahyang fardu atau puasa Ramadhan dengan mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari salah satu perkara wajib yang telah diketahui oleh setiap orang Islam, tetapi kalau dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad. Begitu juga mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan Al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadis dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina.
Ketiga : Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi) Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari didalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jenayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang di dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lampau, tidak sesuai dengan zaman moden sekarang. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktikad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkitkan semula sesudah mati, beriktikad agama orang kafir lebih baik dari agama Islam atau berbalik-balik hati antara mahu menjadi kafir pada masa akan datang dan lainlain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.


MURTAD DARI PERSPEKTIF ISLAM
Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan mempersekutukan Allah sama ada melalui iktikad, ucapan ataupun perbuatan, mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih dan orang yang mengiktikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah. Dalam jenayah murtad, terdapat dua unsur penting iaitu tindakan keluar daripada agama Islam seperti perbuatan yang boleh membawa syirik ialah sujud kepada selain dari Allah dan mempunyai niat melakukannya dengan sengaja.
Pada dasarnya, terdapat beberapa pandangan mengenai hukuman murtad dalam Islam danianya boleh dirumuskan kepada dua golongan:-


HUKUMAN MURTAD ADALAH HUDUD
Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti Madhhab Shafii, Maliki dan Hanbali dimana mereka berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidakdiampunkan oleh Allah melainkan bertaubat. Firman Allah Subhanahu Wataala di dalamsurah al-Baqarah ayat 217 ".....Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)”.
Ini ditambah lagi dengan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:"Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia." Di dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin."Namun demikian, hukuman murtad hanya akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempohuntuk bertaubat yang diberikan seperti memberikan tempoh selama 3 hari untuk bertaubat. Namun demikian, terdapat beberapa pandangan mengenai tempoh masa untuk bertaubat yang diberikan.

TIADA KETETAPAN BENTUK HUKUMAN MURTAD.

Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd al-Mutaali al-Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir. Golongan ini berpendapat umpamanya pandangan Abd al-Mutaali al-Saidi iaitu manusia diberikan kebebasan beragama mengikut pilihannya. Faktor yang menyebabkan Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama terhadap kesahihan dan darjat hadis ”sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh” Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum menurut ilmu usul fiqh.
Secara ringkasnya, kebanyakan ulama terdahulu berpegang teguh bahawa murtad dikenakan hukuman hudud manakala ada ulama kontemporari mengatakan tiada ketetapan mengenai hukuman murtad atau dalam erti kata lain ianya adalah takzir. Namun begitu, isu penentuan hukuman murtad bukanlah menjadi perkara utama yang hendak dibincangkan di dalam artikel ini. Perbincangan akan lebih menekankan tentang perpekstif undang-undang yang digunapakai di Malaysia.


ISU MURTAD DAN KEBEBASAN BERAGAMA DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Isu murtad di Malaysia perlu dibincangkan dalam konteks yang tertentu. Ini penting kerana di mana-mana pun perlembagaan dan undang-undang, terutamanya apabila ia melibatkan ruang lingkup hak-hak yang tertentu, harus dilihat sebagai manifestasi dan kehendak masyarakat. Sebab itu meskipun persoalan-persoalan tersebut diregulisasikan oleh nilai dan peraturan yang bersifat sejagat dan global ada aspek-aspek yang harus dirujuk atau difahami dalam konteks tertentu. Meskipun begitu kita mengakui bahawa pertimbangan-pertimbangan di atas kesemuanya berbentuk pengecualian. Sesuai dengan nama dan sifatnya, pengecualian harus bersifat khusus dan tidak terlalu banyak bilangannya. Perlu disedari bahawa hal-hal tertentu seperti demokrasi, terutamanya kebebasan asasi seperti kebesan bersuara, akhbar, berhimpun secara aman tidak boleh disekat kerana itu semua adalah keperluan dasar dalam mana-mana sistem demokrasi.
Sebagai sebuah agama yang syumul dan suci Islam menjamin hak kebebasan beragama. Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan malahan Islam menyuruh untuk menghormati amalan agama lain. Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam firmanNya yang bermaksud:-
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Para fuqaha telah lama membincangkan hak kebebasan agama ini dan jika diteliti terdapat pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Ada fuqaha berpandangan bahawa hak kebebasan beragama yang dimaksudkan adalah hak untuk menganuti sebarang agama iaitu seseorang itu bebas untuk memilih agama dan jika beliau memilih Islam agamanya maka adalah dilarang keras untuk keluar dari agama Islam. Terdapat juga pandangan yang lain beranggapan bahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN MURTAD.
KESALAHAN MURTAD ATAU KESALAHAN KELUAR AGAMA ISLAM

Dalam membincangkan undang-undang berkaitan murtad, terdapat persoalan besar yang perlu diselesaikan iaitu adakah terdapat peruntukan kesalahan murtad di bawah mana-mana enakmen atau akta di Malaysia. Jika diteliti, sememangnya tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai murtad termasuk hukumannnya. Ini berikutan undang-undang jenayah Islam yang boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah-mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia hanyalah merangkumi hukuman maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau RM5000 denda atau kombinasi mana-mana hukuman. Jelasnya, bidang kuasa jenayahnya adalah terhad dan hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Jenayah murtad tidak di sebut di dalam enakmen kesalahan jenayah Syariah di kebanyakan negeri di Malaysia. Namun demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah negeri. Tidak terdapat penggunaan istilah kesalahan murtad yang diperuntukkan oleh mana-mana enakmen jenayah syariah negeri-negeri melainkan undang-undang hudud, qisas dan takzir yang cuba dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu. Di antara beberapa faktor yang menyebabkan penggunaan istilah keluar agama Islam dan bukan murtad adalah kerana hukuman murtad yang merupakan hukuman mati sekiranya disabitkan adalah melampaui bidangkuasa mahkamah syariah. Sebagai contoh, Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama Islam sebagai satu kesalahan dan bukan murtad. Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan (Syariah) (Negeri Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen 6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tidak terdapat peruntukan khusus mengenai kesalahan murtad yang dikuatkuasakan di Malaysia. Undang-undang sedia  ada yang telah dilaksanakan bukanlah melibatkan kesalahan murtad tetapi merujuk kepada kesalahan keluar agama Islam. Penggunaan istilah permohonan murtad juga tidak digunakan di dalam mana-mana enakmen negeri-negeri. Kebanyakannya menggunakan istilah permohonan pengisytiharan status agama.


BIDANG KUASA MAHKAMAH




Oleh kerana kesalahan keluar agama Islam membabitkan hukuman dibawah bidang kuasa mahkamah syariah maka kuasa mahkamah di dalam mengadili perkara ini telah disebut dengan jelas di dalam kebanyakan enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri di Malaysia.
Di Selangor misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan di dalam Seksyen 61(3)(b) yang memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di bawah bidangkuasa malnya untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu, antara lain berhubung dengan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. Kes-kes yang diputuskan di mahkamah juga telah menekankan bahawa Mahkamah Tinggi Syariahlah yang mempunyai bidangkuasa mendengar kes-kes keluar agama Islam sungguhpun di kebanyakan negeri tidak terdapat peruntukan yang jelas menyatakan demikian. Oleh kerana mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa untuk menentukan kesahan seseorang itu masuk Islam, maka mahkamah syariah jugalah yang mempunyai bidangkuasa untuk menentukan seseorang itu masih lagi muslim atau sudah meninggalkan agama Islam sebagai agamanya.


KEBEBASAN BERAGAMA DALAM KONTEKS GLOBAL
Hak kebebasan beragama adalah hak yang bersifat sejagat.Bermula dengan Perisythiharan Sejagat tentan Hak Asasi Manusia(UDHR) 1948, pelbagai instrumen perundangan antarabangsa mengakui hak ini. Bagaimanapun, instrumen undang-undang antarabangsa itu tidak mengikat negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun ini bukan alasan untuk meremehkan kedudukan instrumen berkenaan terutama dalam hal-hal pokok seperti hak untuk hidup dan seumpamanya. Ada hal-hal tertentu yang amat sentral di dalam agama dan tradisi tertentu yang perlu dibaca bersama dengan instrumen berkenaan. Ini termasuklah persoalan menukar agama yang sangat penting disisi Islam. Awal-awal lagi beberapa negara muslim telah mengambil sikap berkecuali terhadap hak tersebut. Ini bukan sesuatu yang luarbiasa kerana pada masa sama negara-negara blok sosialis turut membuat pendirian yang serupa dalam beberapa isu lain yang menyentuh idelogi mereka.
Bagaimanapun di peringkat anatarabangsa kebelakangan ini telah berlaku beberapa insiden di mana umat Islam dinafikan hak kebebasan beragama. Yang agak mutakhir ialah larangan memakai tudung kepala di sekolah-sekolah awam di Perancis. Tetapi penafia tersebut telah berlaku lama sebelum itu: seperti sekatan terhadap beberapa amalan tertentu termasuk poligami. Meskipun Piagam Hak Asasi Eropah umpamanya menjamin kebebasan beragama, amalan poligami dipersulitkan walaupun tidak disekat secara rasmi. Tindakan tersebut diambil kerana mereka mendakwa bahawa amalan poligami bertentangan dengan hak sama rata yang mereka dakwa menunjangi sistem dan kehidupan tamadun Eropah. Penafian ini menunjukkan bahawa hak kebebasan beragama tidak selamanya mudah untuk dituntut terutamanya di dalam masyarakat yang secular atau tidak memberikan kedudukan kepada agama dan nilai kerohanian. Seperti yang termaklum, larangan memakai tudung kepala juga dibuat di Singapura dan Turki. Tekanan ke atas umat Islam semakin jelas selepas peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.





UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
  
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Mengandungi pindaan terkini - P.U.(A) 164/2009
Dipe rkenalka n pertama kali sebagai Pe rlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pa da Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 1957  
Berikutnya diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Mala ys ia pada Hari Mala ys ia : 16 September 1963


BAHAGIAN  I
NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI
PERSEKUTUAN
Perkara
1.   Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan
2.   Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan
3.   Agama bagi Persekutuan
4.   Undang-undang utama Persekutuan
BAHAGIAN II
KEBEBASAN ASASI
5.   Kebebasan diri
6.   Keabdian dan kerja paksa dilarang
7.   Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang
      dan perbicaraan berulang
8.   Kesamarataan
9.   Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
11. Kebebasan beragama
12. Hak berkenaan dengan pendidikan
13. Hak terhadap harta
BAHAGIAN III
KEWARGANEGARAAN
Bab 1—Pemerolehan Kewarganegaraan
14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang
15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara)
15A. Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak
16. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di
      Persekutuan sebelum Hari Merdeka)
16A. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di
         Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia)
17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin
      di Persekutuan pada Hari Merdeka)—Dimansuhkan)
18. Peruntukan am tentang pendaftaran
19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian
19A. (Pemindahan kewarganegaraan ke Singapura atau dari Singapura— Dimansuhkan)
20. ( N a t u r a l i s a s i   b a g i   a n g g o t a - a n g g o t a   a n g k a t a n   P e r s e k u t u a n—
      Dimansuhkan)
21. (Peruntukan am tentang naturalisasi—Dimansuhkan)
22. Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah
      Bab 2—Penamatan Kewarganegaraan
23. Pelepasan kewarganegaraan
24. Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan
      kewarganegaraan asing, dsb.
25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara
     16A atau 17 atau melalui penaturalisasian
26. Peruntukan lain bagi melucutkan kewarganegaraan melalui pendaftaran
      atau penaturalisasian
26A. P e l u c u t a n   k e w a r g a n e g a r a a n   a n a k   o r a n g   y a n g   h i l a n g
        kewarganegaraannya
26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan
27. Tatacara bagi pelucutan
28. Pemakaian Bab 2 bagi warganegara tertentu melalui kuat kuasa undang-undang
28A. Pelucutan kewarganegaraan orang yang menjadi warganegara pada Hari Malaysia


Bab 3—Tambahan


29. Kewarganegaraan Komanwel
30. Perakuan Kewarganegaraan
30A. (Hak mengundi, dsb., bagi warganegara Singapura dan warganegara lain—Dimansuhkan)
30B. (Perhubungan tentang kewarganegaraan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan
         Singapura—Dimansuhkan)
31. Pemakaian Jadual Kedua
BAHAGIAN IV
PERSEKUTUAN
Bab 1—Ketua Utama Negara
32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya
33. Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan
33A. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika
        dipertuduh atas suatu kesalahan
34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
35. Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya dan saraan Timbalan Yang   di-Pertuan Agong
36. Mohor Besar
37. Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong 






Bab 2—Majlis Raja-Raja
38. Majlis Raja-Raja
Bab 3—Badan Eksekutif
39. Kuasa eksekutif Persekutuan
40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat
41. Pemerintah tertinggi angkatan tentera
42. Kuasa pengampunan, dsb.
43. Jemaah Menteri
43A. Timbalan-Timbalan Menteri
43B. Setiausaha-Setiausaha ParlimenUndang-Undang Malaysia
43C. Setiausaha-Setiausaha Politik


Bab 4—Badan Perundangan Persekutuan
44. Keanggotaan Parlimen
45. Keanggotaan Dewan Negara
46. Keanggotaan Dewan Rakyat
47. Kelayakan menjadi ahli Parlimen
48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen
49. Peruntukan melarang dua keahlian
50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau
      pelantikan tanpa persetujuan
51. Pelepasan keahlian oleh ahli-ahli
52. Ketidakhadiran ahli
53. Keputusan tentang kehilangan kelayakan
54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka
55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen
56. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
57. Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
58. Saraan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua
59. Sumpah oleh ahli-ahli
60. Titah oleh Yang di-Pertuan Agong
61. Peruntukan khas tentang Jemaah Menteri dan Peguam Negara
62. Tatacara Parlimen
63. Keistimewaan Parlimen
64. Saraan ahli
65. Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Bab 5—Tatacara perundangan
66. Penjalanan kuasa perundangan
67. Sekatan terhadap pembawaan Rang Undang-Undang dan pencadangan
      pindaan-pindaan yang melibatkan pencukaian, perbelanjaan, dsb.
       PerkaraPerlembagaan Persekutuan
68. Perkenan terhadap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja
    Bab 6—Keupayaan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman
69. Keupayaan Persekutuan berkenaan dengan harta, kontrak dan guaman


BAHAGIAN  V
NEGERI-NEGERI
70. Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri
71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri
72. Keistimewaan Dewan Undangan


BAHAGIAN VI
PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN
NEGERI-NEGERI
Bab 1—Pembahagian kuasa perundangan
73. Takat undang-undang persekutuan dan Negeri
74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri
75. Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undangundang Negeri
76. Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri
       dalam hal-hal tertentu
76A. Kuasa Parlimen untuk memperluas kuasa perundangan Negeri
77. Kuasa baki perundangan
78. Perundangan yang menyekat penggunaan sungai
79. Penjalanan kuasa perundangan bersama


Bab 2—Pembahagian kuasa eksekutif
80. Pembahagian kuasa eksekutif
81. Obligasi Negeri kepada Persekutuan


Bab 3—Pembahagian beban kewangan
82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama
      PerkaraUndang-Undang Malaysia


Bab 4—Tanah


83. Pengambilan tanah bagi maksud persekutuan
84. (Pengembalian kepada Negeri tanah yang dipegang bagi maksud persekutuan—Dimansuhkan)
85. Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud persekutuan
86. Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan
87. Pemutusan pertikaian tentang nilai tanah
88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja
89. Tanah simpanan Melayu
90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri
      Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu
91. Majlis Tanah Negara


Bab 5—Pembangunan negara
92. Rancangan pembangunan negara


Bab 6—Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan
kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan
mengenai kegiatan Negeri
93. Siasatan, tinjauan dan perangkaan
94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri
95. Pemeriksaan aktiviti Negeri


Bab 7—Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
95A. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan


Bab 8—Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
95B. Ubah suaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan
95C. Kuasa untuk memperluas kuasa perundangan atau eksekutif Negeri melalui perintah
95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk
        meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan
         tempatanPerlembagaan Persekutuan
95E. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara
        bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.


BAHAGIAN VII
PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1—Am
96. Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang
97. Kumpulan Wang Disatukan
98. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
99. Penyata kewangan tahunan
100. Rang Undang-Undang Perbekalan
101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih
102. Kuasa membenarkan perbelanjaan masuk akaun atau bagi maksud yang tidak dinyatakan
103. Kumpulan Wang Luar Jangka
104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan
105. Ketua Audit Negara
106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara
107. Laporan Ketua Audit Negara
108. Majlis Kewangan Negara
109. Pemberian kepada Negeri
110. Penyerahhakan cukai dan fi kepada Negeri
111. Sekatan untuk meminjam
112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri
Bab 2—Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak
112A. Pengauditan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak
112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak
112C. Pemberian khas dan penyerahhakan hasil kepada Negeri Sabah dan Sarawak
112D. Kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura—Dimansuhkan)


BAHAGIAN  VIII
PILIHAN RAYA


113. Penjalanan pilihan raya
114. Keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya
115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
116. Bahagian pilihan raya persekutuan
117. Bahagian pilihan raya Negeri
118. Cara mencabar pemilihan
118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya
pemilihan
119. Kelayakan pemilih
120. Pemilihan terus ke Dewan Negara


BAHAGIAN IX
BADAN KEHAKIMAN
121. Kuasa kehakiman Persekutuan
122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan
122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan
122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi
122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman
122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain
123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
124. Sumpah jawatan hakim-hakim
125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan
125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim
126. Kuasa menghukum kerana penghinaanPerlembagaan Persekutuan
127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim
128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan
129. ( B i d a n g   k u a s a   k h a s   M a h k a m a h   A g u n g   t e n t a n g   t a f s i r a n
        Perlembagaan—Dimansuhkan)
130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan
131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutuan—Dimansuhkan)
131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim
          Negara, Presiden atau Hakim Besar


BAHAGIAN  X
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM
132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam
133. Perkhidmatan bersama, dsb.
134. Peminjaman pegawai
135. Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat
136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan
137. Majlis Angkatan Tentera
138. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
140. Suruhanjaya Pasukan Polis
141. (Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api—Dimansuhkan)
141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
142. Peruntukan am yang berhubungan dengan Suruhanjaya
143. Syarat-syarat perkhidmatan anggota Suruhanjaya
144. Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan
145. Peguam Negara
146. Laporan Suruhanjaya
146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
di Negeri-Negeri Borneo—Dimansuhkan)
146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap
Negeri Sabah atau Sarawak—Dimansuhkan)
PerkaraUndang-Undang Malaysia
146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam—Dimansuhkan)
146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang
dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan
Sarawak
147. Perlindungan hak pencen
148. Tafsiran Bahagian X
BAHAGIAN XI
KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN
SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN
PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN
ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT
149. P e r u n d a n g a n  me n e n t a n g   p e r b u a t a n   s u b v e r s i f ,   t i n d a k a n   y a n g
memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
150. Proklamasi darurat
151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan


BAHAGIAN XII
AM DAN PELBAGAI
152. Bahasa kebangsaan
153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak
154. Ibu kota persekutuan
155. Persalingan Komanwel
156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri
157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain
158. (Perkiraan dengan Brunei—Dimansuhkan)
159. Pindaan Perlembagaan
159A. Perjalanan kuat kuasa peruntukan peralihan dalam Akta Malaysia
160. Tafsiran
160A. Cetakan semula Perlembagaan
160B. Teks sahih


BAHAGIAN XIIA
PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI
NEGERI SABAH DAN SARAWAK


161. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri Sabah dan Sarawak
161A. Kedudukan istimewa anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak
161B. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan hak untuk
           menjalankan amalan di hadapan mahkamah di dalam Negeri Sabah dan Sarawak
161C. (Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo—Dimansuhkan)
161D. (Kebebasan beragama—Dimansuhkan)
161E. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri Sabah dan Sarawak
161F. (Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura—Dimansuhkan)
161G. (Kedudukan istimewa orang Melayu di Singapura—Dimansuhkan)
161H. (Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan— Dimansuhkan)


BAHAGIAN  XIII
PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN
162. Undang-undang yang sedia ada
163. (Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat
1948—Dimansuhkan)
164. (Fungsi sementara Majlis Perundangan—Dimansuhkan)
165. (Peruntukan sementara kewangan—Dimansuhkan)
166. Pewarisan harta
167. Hak, liabiliti dan obligasi
168. (Prosiding undang-undang—Dimansuhkan)
169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka
170. (Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai
warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
Fasal 126—Dimansuhkan)
171. (Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama—Dimansuhkan)Undang-Undang Malaysia
172. (Mahkamah yang sedia ada—Dimansuhkan)
173. (Sementara menanti rayuan ke Majlis Privy—Dimansuhkan)
174. (Jawatan kehakiman dan Peguam Negara—Dimansuhkan)
175. Pengarah Audit hendaklah menjadi Ketua Audit Negara yang pertama
176. Pertukaran pegawai
177. Mengetepikan atau menangguhkan sumpah jawatan jika pelantikan
diteruskan di bawah Bahagian ini
178. Saraan selepas Hari Merdeka
179. Sumbangan berkenaan dengan perkhidmatan bersama
180. Pemeliharaan pencen, dsb.


BAHAGIAN XIV
KECUALIAN BAGI KEDAULATAN, DSB.,
RAJA-RAJA
181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja


BAHAGIAN XV
PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN
AGONG DAN RAJA-RAJA
182. Mahkamah Khas
183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri 
JADUAL-JADUAL:
J a d u a l   P e r t ama—S ump a h   P emo h o n   b a g i   P e n d a f t a r a n   a t a u
                                             Penaturalisasian 
Jadual Kedua—
       Bahagian I — Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undangundang bagi orang yang lahir
                            sebelum Hari Malaysia
       Bahagian II — Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undangundang bagi orang yang lahir pada                            atau selepas Hari Malaysia
  Bahagian III       — Peruntu k a n   t a m b a h a n   b e r h u b u n g   d e n g a n kewarganegaraan


                              PerkaraPerlembagaan Persekutuan 
Jadual Ketiga     —  Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Bahagian I         — Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Bahagian II        — Pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Bahagian III       — Pemecatan Yang di-Pertuan Agong
Bahagian IV       — Am
Jadual Keempat—Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan    Agong
Bahagian I         — Sumpah bagi Yang di-Pertuan Agong
Bahagian II       — Sumpah bagi Timbalan Yang di-Pertuan Agong


Bahagian III      — Terjemahan dalam bahasa Inggeris


Jadual Kelima—Majlis Raja-Raja


Jadual Keenam—Bentuk Sumpah dan Ikrar


Jadual Ketujuh—Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara


Jadual Kelapan—Peruntukan yang hendaklah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
Bahagian I      — Peruntukan tetap
Bahagian II     — P e r u n t u k a n   s eme n t a r a   s e b a g a i   g a n t i a n   b a g i
peruntukan dalam Bahagian I
Bahagian III   — Ubah suaian Bahagian I dan II berhubung dengan Melaka dan Pulau Pinang


Jadual Kesembilan—Senarai Perundangan


J a d u a l   K e s e p u l u h—P e m b e r i a n   d a n   S u m b e r   H a s i l   y a n g
Diserahhakkan kepada Negeri
Bahagian I — Pemberian ikut kepala
Bahagian II — Pemberian jalan Negeri
Bahagian III — Sumber hasil yang diserahhakkan kepada Negeri
                        PerkaraUndang-Undang Malaysia
Bahagian IV— Pemberian khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian V — Sumber   t ambahan ha s i l  yang di s e r ahhakkan
                      kepada Negeri Sabah dan Sarawak


Jadual Kesebelas—    Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal
                                Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang
                                Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan
Jadual Kedua Belas—(Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah
                                 Melayu 1948 sebagaimana yang terpakai bagi Majlis Perundangan
                                 selepas Hari Merdeka—Dimansuhkan)
Jadual Ketiga Belas—Peruntukan yang berhubungan dengan
                                Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
Bahagian I              — Penetapan dan prinsip yang berhubungan dengan
                                  penyempadanan bahagian-bahagian pilihan raya
Bahagian II            — Tata c a r a   b a g i   m e n y e m p a d a n k a n   b a h a g i a n -
                                  bahagian pilihan raya